Kini dakwaan Pas rapat dengan Umno telah terbukti
SHAH ALAM - "Kini apa yang disembunyikan Pas selama ini, bukan sekadar
khabar angin, Pas makin dekat dengan Umno dan mulai mengadakan pakatan
(tidak rasmi) dengan parti itu atas nama Melayu Islam,".
Demikian ujar, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar
Tahir mengenai kisah 'parti abang' mereka, yang sebelum ini didakwa
menyembunyikan hubungan intim dengan Umno.
Katanya, sebelum ini pemimpin Amanah (yang ketika itu masih dalam Pas)
telah menghidu perkara itu namun dinafikan oleh pimpinan tertinggi parti
Islam itu.
"Kami terhidu bahawa pucuk pimpinan semakin condong ke BN, bila tanya
tiada pengesahan...sekarang kami keluar, nah sekarang kita boleh tengok
bukti, di Parlimen mereka tidak tolak bajet, tidak mahu tolak tuntutan
mengenai 1MDB, bila buat Bersih tidak mahu bersama," katanya ketika
diwawancara Sinar Harian di ibu pejabat Amanah, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kehadiran Presiden Pas Datuk
Seri Abdul Hadi Awang bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak, dalam Himpunan Solidariti Untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa,
sebelum ini.
"Isu Rohingya ini, Amanah sudah lama perjuangkan, yang kita mahukan
adalah bincang isu ini di Parlimen, tapi waktu kita tuntut dibincangkan
di Parlimen isu ini ditolak mentah-mentah," katanya lagi.
6 orang berkata:
Parti Angkuh Semalaysia
Pan ni sibuk tak tentu pasal. Kan pas dah join umno. Itu pun tak faham ke...
Pas lebih sayang hj hadi berbanding negeri kelantan. Inilah kelebihan walak dalam parti pas.
Kita berharap keangkuhan ini akan dapat dikekalkan selepas berakhirnya pru 14 nanti.
Membalak bersama ulamak.
Selepas pru 14, semua bekas adun dan mp pas boleh bertukar profesyen menjadi pengusaha ikang belukang bakar dan sotong kering.
Lebih baik ikut Hj Hadi drpd Mat Sabu yg ada rekod buat hal dgn isteri org di hotel perdana kota bharu suatu masa dulu.
Post a Comment