KUALA LUMPUR - Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia
terlibat dalam bencana gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter di Banda
Acheh, Indonesia hari ini.
Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, seramai 428 penuntut di Banda Acheh dilaporkan dalam keadaan selamat.
Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan terjejas dan
memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Konsulat
Jeneral Malaysia di Medan di Jalan P. Diponegoro No. 43, Medan 20152
Sumatera Utara, Republik Indonesia.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gempa Aceh: Sekurang-kurangnya 20 terkorban]
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan juga boleh dihubungi di talian
+62614531342/4535271/4523992 atau e-mel kepada mwmedan@kln.gov.my.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Wisma Putra di talian 03-88874530 atau 03-8874570 (selepas waktu bekerja).
Menurut Wisma Putra pihaknya menerima laporan bahawa seramai 25 orang
terkorban dan 26 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi awal pagi itu. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment