‘Saya tak mudah lupa’
ALOR SETAR - Ungkapan ‘Melayu Mudah Lupa’ begitu sinonim dengan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad namun kebelakangan ini ungkapan
itu dijadikan serangan peribadi terhadap beliau oleh kepimpinan Umno.
Bagaimanapun, Mahathir ketika mengulas sindiran itu yang didakwa
memakan dirinya sendiri, secara bersahaja bertegas “Saya bukan Melayu
mudah lupa!”.
Pengerusi Bersatu itu berkata, pemimpin Umno yang melupai jasa disumbangkan beliau ketika menerajui negara selama 22 tahun.
“Mereka yang lupa, selama 22 tahun ketika menjadi perdana menteri, saya banyak membantu mereka, ini yang saya dapat?
"Nyatalah yang lupa itu adalah pemimpin Umno, bukan saya,” katanya
ketika ditemui di Pekan Rabu bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah
Mohamad Ali.
Menurutnya, walaupun dicanang konon beliau sudah nyanyuk atau sudah
lupa, beliau tetap tersenyum, dan menyifatkan individu menuduhnya
pelupa, mencerminkan sikap mereka sendiri. “Yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.
Kebelakangan ini, beberapa pemimpin Umno menyatakan ungkapan yang
dipopularkan Mahathir ketika Perhimpunan Agung Umno 2001 itu memakan
dirinya sendiri.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mendendangkan
puisi ‘Melayu Mudah Lupa’ pada ucapan dasar sayap Perhimpunan Agung Umno
lalu.
Khairy menyampaikan puisi itu diubah suai bait-baitnya bagi
mengingatkan perwakilan mengenai sikap bekas pemimpin negara itu yang
kini menyokong pembangkang.
20 orang berkata:
Mahathir dah taubat. Alhamdulillah.
Tapi ada jugak yg masih tak sedar diri walaupun dah makin tua. Kepala perompak jugak yg dia cari.
Nak tanya.
Bukan fitnah.
Bukan kutuk.
Nak jawapan je.
Sapa nama ulamak yg arahkan guna duit cikgu yik 14 juta tu???
Dah habis bayar ker belum???
"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK"
Kita tak kutuk pas.
Kita tegur pas supaya pas balik asal macam dulu. Kita tak mau pas ni ug2. Tak mau pas sekongkol perompak. Tak mau pas cium2 dedak. Kita mau pas mcm zaman nik aziz, zaman fadzil nor. Skarang pas dah jadi haru biru dah. Sbb tu kuta tegur. Tegur baik tak jalan. Tegur guna surat tak jalan. Tegur kena pecat. Tegur kena barua.
Kita bukan maki. Kita pun pas. Cuma skang ni harun manis. Klu x berubah jugak kita masuk pan. Tak ada jln lain.
Klu betul nak maki dah lama kita guna perkataan buruk yg selalu korang guna. Barua, babi, anjing, tokong, dapigs, monyet, syaitan, kafir, syaitan manusia....
Kita tegur supaya yg dah jadi ularmak balik jadi ulamak semula. Yg kebas duit cikgu yik, balik ke pangkal jalan. Yg jual balak hutan simpan sedar kesilapan mereka. Yg suka kafirkan org, sedar dan bertaubat.....
Kita tegur sbb dlm hati sikit2 tu masih sayang pas. Tapi kalu tak berubah jugak, selamat jalanlah. Sbb kami tak mau terus sesat.
Mana2 parti kecuali amnoo yg nak bergabung dgn pas kena melutut dulu.
Golongan atau parti yang sudah tidak memperdulikan kesusahan dan penderitaan rakyat sebaliknya mengutamakan kepentingan sendiri wajib ditolak pd pru 14. Wajib.
Rakyat yg sedang bergelumang dgn kesukaran hidup tidak memerlukan pemimpin yg memandang cash is king atau dedak is god.
Saya x mao undi pas lagi sbb saya dah sedar siapa diri saya. Saya bukan ulamak. Org spt saya tidak diperlukan oleh pas lagi.
Pas sebenarnya bagus. Cuma buat masa ini pemimpinnya tak bagus.Pendapat saya la. Kalau pemimpinnya dapat ditukar, pas akan jadi bagus semula. Insha Allah.
Org2 atas pagar dan tidak berparti spt saya akan menilai dan memilih parti yg berjuang untuk rakyat. Rasanya pas sudah terkeluar jauh dari landasan. Pas terlalu mengutamakan kepentingan pemimpin berbanding dgn kepentingan rakyat. Pas kelihatan terlalu berbeza dan kelihatan sangat aneh sejak kematian nik aziz. Berbeza sangat2
Bagi saya pas suka berpura2. Maksud saya, dari satu sudut pas seolah2 simpati kpd rohingya. Tapi dari sudut lain, pas menindas orang asli gua musang. Ini merosakkan kepercayaan rakyat keseluruhan dan mungkin nenjadi oenyebab utama irg ramai lari drp pas pd masa ini. Org ramai juga mula takut kpd pas spt waktu dulu2.
Pada pendapat saya, slogan pas4all sudah tidak sesuai dengan suasana sekarang. Pas sudah jadi parti yg eksklusif untuk golongan meteka sahaja dan tidak mesar rakyat bawahan serta pertengahan. Rakyat terbanyak dan org muda akan menjauhkan diri drp pas semula.
Bagi saya, untuk menjatuhkan parti adalah jauh lebih mudah drp membina parti. Zaman fazil nor ialah zaman kemajuan. Zaman nik aziz sbg zaman kegemilangan. Kini berubah menjadi zaman kemerosotan
Mana2 parti yg dpt dapat sokongan cek det adalah parti yg dikira beruntung. Beliau mempunyai strategi yg sukar dijangka dan selalunya membawa kejayaan. Tidak ada sesiapa yg boleh menafikannya. Malah, ramai musuh beliau yang malu dan takut walaupun untuk berdepan di sebuah majlis yg sama. Che det ni umpama magnet, jika dibenarkan beliau menemui rakyat maka kesannya amat menakutkan pihak lawan.
Kedah akan menjadi salah satu negeri yg bakal jatuh ke tangan che det. Percaya atau tidak bahawa kekuatan pas yg dibina selama hampir 30 tahun hanya mampu bertahan satu penggal apabila anak didik beliau pulang ke kedah. Dgn 4 parti bergabung, tugas umno mempertahankan kedah umpama mengangkat gunung jerai di bahu kita. Terlalu sukar dah hampir pasti mustahil.
Hanya "terlupa" mengata mukhris dgn gelaran boboi, kj terpsksa membayar dgn harga yg terlalu tinggi bila surat letak jawatan dan punca berkaitan dgnnya terdedah. Namun bg org politik, perkara itu umpama minum teh tarik. Iapi bagi che det, ia amat menarik untuk diulas menjelang pru14 nanti......ia akan menjadi tali gantung kpd mereka yv cuba mengganggu harimau yg sedang tidur nyenyak....
Setuju sangat2. Spt plot cerita.
Zaman perkembangan. Zaman kegemilangan. Zaman kehancuran. Dan akhirnya dot...
Begitulah sejarah kerajaan Rom.
Masakan sebatang lidi mampu mematahkan sebatang penyapu. Mustahil.
Mustahil sebiji durian yg mengandungi 4 belah pangsa dapat ditewaskan oleh sebiji timun.
Kita bukan bercakap soal tempoyak dan timun busuk!!!
Lepas pru 14 dia pulak yg melutut.
Sokong Pak Karamu. TAKBIRRRR.. 90JUTA 90JUTA 90JUTAAAA.
Pas setan yg keliru..x ada pendirian..baru kenal dedak..dah hancur kerana tuang presideng barua umno..
Post a Comment