Tiga penjuru di Kelantan, tiga penjuru seluruh negara
SHAH ALAM - Pemuda Pas menegaskan, pertandingan tiga penjuru mungkin
tidak dapat dielakkan sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) tetap
berpendirian untuk masuk bertanding di Kelantan.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya itu berlaku, senario yang sama akan berlaku diseluruh negara.
"Kita tegaskan untuk kesekian kalinya, jika Amanah bertanding di
Kelantan maka pertandingan tiga penjuru akan kita hadapi di seluruh
negara. Pas akan bertanding mana-mana kerusi yang dipilih tanpa mengira
ia ditandingi oleh DAP atau PKR!
"Tiga penjuru di Kelantan ialah tiga penjuru di seluruh negara!," katanya dalam satu kenyataannya.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kenyataan Ketua Pemuda Amanah,
Sany Hamzan yang dipetik sebagai berkata bahawa partinya akan masuk
bertanding di mana sahaja Pas bertanding.
Sany berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di Konvensyen Amanah di Shah Alam, kelmarin.
Dalam pada itu, Presidennya Mohamad Sabu pula memberi isyarat bahawa
mereka akan bertanding di Kelantan bagi mengelakkan BN menang.
0 orang berkata:
Post a Comment