PAS DAHULU BANYAK TOLAK ANSUR, BILA TERLALU BERTOLAK ANSUR MAKA PAS MEREKA TOLAK, OK TAK PE, LA NI PAS TAK BOLEH LAGI BERTOLAK ANSUR, TAKKAN LA SELAMA-LAMANYA KENA TOLAK, HANGPA NAK KERJASAMA OK JE, TAK MAHU BOEH BLAH, TAK GITUPUN PAS DIA ORANG KATA DAH MAKAN DEDAK TOK DEPAAAA, PUNGKOK BERASAP BETOI LA HANGPA NI ! KATA LA LAGI !!!!! - Pak Karamu
Pas: Terserah Bersatu buat pilihan
KUALA LUMPUR - Pas tidak boleh mempertikaikan komitmen Bersatu untuk
menyertai Pakatan Harapan yang dijangka berlangsung pada 13 Disember
ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, namun sekiranya
itu berlaku, berkemungkinan besar Pas mungkin turut akan tidak menjalin
hubungan politik dengan Bersatu, selepas Amanah dan DAP.
"Pimpinan kita dan Bersatu ada berjumpa dan kita beri pandangan, kita
boleh bersama dengan mereka atau mereka boleh bersama dengan kita dengan
syarat mereka mematuhi syarat kita, yang antaranya kita tiada hubungan
langsung dengan dua parti politik iaitu Amanah dan DAP.
"Kalau mereka berhasrat dengan kita dalam satu gagasan politik mereka
seharusnya tiada hubungan dengan pihak-pihak lainlah itu secara jelas.
"Kalau Bersatu memilih untuk bersama Pakatan Harapan itu hak mereka,
kita tidak boleh pertikaikan tetapi sebagaimana saya sebut tadi
bermakna persefahaman politik antara Pas dan Bersatu sudah tidak wujud
itu setakat inilah... tapi saya tak boleh ramal apa yang akan berlaku
pada 13 Disember ini.
Takiyuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program
Anti Rasuah Antarabangsa di Hotel Premeira di sini hari ini
Mengulas lanjut Takiyuddin bagaimanapun berkata, Pas akan memperincikan
perkara ini dan mempertimbangkan kemungkinan tertentu dalam isu ini.
"Mungkin ada bentuk-bentuk tertentu yang mungkin kita boleh
pertimbangkan sebagai contoh masa dulu Pas ada hubungan dengan Semangat
46, yang mana kita tiada hubungan dengan DAP.
"Semangat 46 ada hubungan dalam Gagasan Rakyat yang turut bekerjasama
dengan DAP itu mungkin boleh berlaku tapi buat masa ini tiada hubungan
politik," katanya.
Takiyuddin berkata demikian bagi mengulas hasrat Bersatu yang berhasrat
menyertai Pakatan Harapan bagi membentuk satu barisan pembangkang yang
kuat untuk menentang BN pada PRU14.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impian Bersatu
untuk menjadi salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan boleh
menjadi kenyataan dalam konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan
pada 13 Disember ini.
"Selain Bersatu, Pakatan Harapan juga jangan meminggirkan Pas supaya
pakatan pembangkang benar-benar dapat bersatu padu untuk hadapi PRU14,"
kata Muhyiddin seperti dilaporkan dalam Sin Chew Jit Poh.
2 orang berkata:
Macam bendera dia jugak.
Jadi alas kaki amnooo.
Alas kaki kat jamban.
Bila melihat kemungkaran, halanglah. Selemah2 iman, halanglah dgn hati. Bukannya bekerjasama, berpeluk2, berganding tangan.
Kalau dgn bekerjasama, kemungkaran itu berterusan, semakin bertambah, maka sokongan itulah penyebabnya. Apakah hukumnya sokongan dan kerjasama itu?
Tepuk dada tanya iman. Ulamak tugasnya menghalang semua jenis kemungkaran, bukan menyokong kemungkaran.
"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK"
Post a Comment