PH, Bersatu bakal bergabung?
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan membincangkan kerjasama politik
dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 13 Disember ini.
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata,
pertemuan empat parti antara pimpinan tertinggi PKR, Parti Amanah Negara
(Amanah), DAP, dan Bersatu itu akan diadakan di Ibu Pejabat PKR di
Merchant Square, Petaling Jaya.
"Kami akan bincang kerjasama politik empat parti bagi mewujudkan
suasana satu lwn satu antara pembangkang dengan BN," ulasnya pada sidang
media di sini, hari ini.
Mengulas kemungkinan gabungan Pakatan. Harapan dengan Bersatu,
Saifuddin berkata, hubungan pihaknya bersama Bersatu menunjukkan
perkembangan baik setakat ini.
"Pada kami Bersatu hadir konvensyen Pakatan Harapan pada November lepas.
"Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Bersatu, Tun
Dr Mahathir Mohamad juga hadir berucap, pada kami itu perkembangan
positif," katanya lagi.
1 orang berkata:
Alhamdulillah.
Bersatu teguh bercerai roboh
Biar pas je yg roboh.
"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK”
Post a Comment