Tiga lelaki ditembak mati di Lahad Datu
SEMPORNA - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun akan
mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna dipercayai
berkaitan kejadian tiga lelaki kumpulan penculik ditembak mati di
perairan Merabung-Bakapit, di Lahad Datu semalam. Sidang akhbar itu akan diadakan pada jam 10.30 pagi ini.
Dipercayai tiga daripada lima lelaki disyaki kumpulan penculik dari
selatan Filipina ditembak mati dalam pertempuran bersama pasukan
keselamatan ketika cuba melakukan penculikan di kawasan perairan antara
Merabung-Bakapit, dekat Lahad Datu kira-kira jam 9.51 pagi.
Difahamkan dua lagi suspek diberkas manakala seorang lelaki dipercayai mangsa culik, berjaya diselamatkan.
Seorang anggota keselamatan daripada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am
(PGA) mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai terkena
tembakan dalam kejadian itu. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment