Surat palsu disifatkan ‘fitnah dajal’
SHAH ALAM - Veteran Umno mengecam tindakan penyebaran surat palsu,
kononnya ditandatangani Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
berundur.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, perbuatan itu
adalah satu ‘fitnah dajal’ yang cuba melaga-lagakan kedua-dua pemimpin
tersebut.
“Ia dilakukan sebagai usaha menimbulkan keraguan ahli Umno, terutama
selepas Perhimpunan Agung Umno 2016 yang memperlihatkan kesatuan dalam
pucuk pimpinan dan ikrar wala’ yang dilafazkan Ahmad Zahid kepada
Najib,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Dalam surat yang diviralkan di laman sosial itu, Ahmad Zahid dikatakan menandatangani surat yang mendesak Najib berundur.
[ARTIKEL BERKAITAN: Viral kabinet bayangan Zahid kerja budak sekolah]
Surat itu turut menyenaraikan barisan anggota Kabinet baharu yang mengandungi beberapa nama.
Menurutnya, surat itu tidak menjejaskan kepercayaan Najib kepada Ahmad Zahid. Namun katanya, Veteran Umno bimbang jika ia boleh menimbulkan rasa was-was ahli parti terhadap Ahmad Zahid.
“Keraguan mereka terhadap kepimpinan Najib dengan pengedaran surat itu
boleh menjejaskan sokongan kepada presiden parti dan akan menjejaskan
sokongan undian PRU14.
“Surat itu direka pembangkang untuk menjatuhkan Najib dan memecah-belahkan Umno," katanya.
2 orang berkata:
Jangan mudah menuding jari kita perli sedar yang diri kita sedang diawasi oleh rakyat yang perit dengan kepayahan hidup dengan pelbagai kerenah keadaan ekonomi negara yang makin menurun.ingat jari yang kita tuding itu hanya satu tapi yang empat lagi masik terlipat kediri kita ini bermakna yang kita dulu patut dibersihkan jika kita ada buah untuk pertahankan.
Mungkin betul, mungkin tak betul.
50 : 50
Post a Comment