Perwakilan Selangor senarai kegagalan Amanah
SHAH ALAM - Perwakilan Selangor menyenarai penuh kegagalan Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya lepas.
Perwakilan Selangor, Jamzuri Ardani ketika berucap dalam Konvensyen
Amanah hari ini berkata, persembahan Amanah secara keseluruhannya masih
hambar.
Menurutnya, meskipun semakin menghampiri PRU akan datang, Amanah
dilihat masih tercari-cari momentum untuk meneruskan perjuangan untuk
rakyat.
"Sebelum ini kita sudah menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak,
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Pencapaian kita
hambar. BN menang besar di Sarawak dan negeri itu juga, kita hilang
banyak deposit.
"Kepimpinan Amanah masih teraba-raba dalan mencari sentuhan ketika
menghadapi pilihan raya," katanya ketika membahas usul mendepani PRU14
di Konvensyen Amanah di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Jamzuri turut 'menegur,' gerak kerja Amanah semasa berlangsungnya PRN Sarawak, baru-baru ini.
"Biro pilihan raya parti di peringkat nasional seperti tak berfungsi."Contoh, pada PRN Sarawak, kita tidak ada bilik gerakan induk untuk
pantau kerja-kerja pilihan raya sedang berpusat di semua kerusi yang
dipertandingkan," katanya lagi.
Jamzuri juga turut menyatakan mesej pilihan raya yang dibawa parti
tidak cukup kuat atau mudah difahami untuk meraih undi rakyat.
"Ini adalah konvensyen pertama dan mungkin yang terakhir, sebelum PRU14 menjelang.
"Pada konvensyen inilah kita perlu gunakan untuk melangkau keputusan penting sebelum PRU menjelma," tegasnya.
6 orang berkata:
Ya betul tu, jgn jadi mcm lebai hadi suka cakap takbur dan sombong, suka caci maki bagi gelaran buruk2 pada org lain, suka cakap dolak dalik dan paling buruk sebab ambil duit rm90juta yg dicuri dari rakyat tapi berselindung dibalik jubah serban.
Takut2 da kina nasi kangkang
Yang peetama dan yang terskhir kot..
Bersatu teguh bercerai tegolek dog.
"MEMBALAK BERSAMA ULAMAK"
Parti lama pun kalau dah termakan nasi kangkang maka ia akan pupus untuk selama-lamanya. Dengan perkataan lain "tergolek dog"
Ini contoh org yg zuhud..mengaku kelemahan diri bukan mcm lebai dedak 90juta..asal buka mulut..ckp sombong..ego..bangga diri..pembohong..dasar munafik pengkhianat rakyat..bersekongkol dgn si zalim..perasuah..dasar setann
Post a Comment