Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

POLITIK MATANG TIDAK BERSIFAT RAKUS BANGANG

MELIHAT KEPADA SUASANA POLITIK SEMASA, PAS LEBIH SELESA BERSAMA UMNO/BN UNTUK BERKONGSI KERJASAMA DALAM MENENTUKAN ARAH TUJU MENCORAKKAN NEGARA. SUASANA POLITIK YANG ADA TIDAK MENGIZINKAN PAS BERSAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN RAKYAT KERANA SIKAP MEREKA YANG RAKUS TIDAK TENTU HALA YANG MERUGIKAN                                                         
SIFAT DIANTARA PIMPINAN PAKATAN HARAPAN RAKYAT SANGAT MERUGIKAN HARAPAN RAKYAT, DARI DAP GUAN ENG AKAN KEPENJARA, DARI PKR RAFIZI AKAN KE PENJARA, DARI PAN MUNGKIN KHALID SAMAD JUGA AKAN KE PENJARA, DEMIKIAN SIKAP PEMIMPIN DARI PARTI BERKENAAN YANG MERUGIKAN SEMANGAT PARTI  DAN PENYOKONG
 
SIKAP GELOJOH BERPOLITIK TENTUNYA AKAN MERUGIKAN PARTI, DAN SIKAP TERSEBUT TIDAK SESUAI UNTUK PAS BERSAMA DENGAN MEREKA, TAMBAHAN PULA JIKA MASALAH KEPERCAYAAN PAS DINODA DAN DICERCA, SIKAP INI TIDAK SEPATUTNYA BERADA PADA MANUSIA YANG MATANG CARA BERPOLITIK. NAMUN DISEBABKAN SIKAP SALAH ASUHAN DARI AWAL INI MAKA AKHIRNYA MERUGIKAN DAN MEMBANTUTKAN CITA-CITA MEREKA  SENDIRI - Pak Karamu                                    
 
Umno tetap saingan Pas, kata Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim

KUANTAN - Pas sehingga kini masih menganggap Umno adalah saingan terbesar parti Islam itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan itu, Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi yang dimenangi mereka dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, sekiranya ada kerjasama politik dengan parti terbesar terbabit.

Menurutnya, justeru Pas juga pasti tidak akan melepaskan kerusi yang dimenangi begitu sahaja meskipun jumlahnya jauh lebih kecil jika dibandingkan apa yang Umno ada.

“Oleh itu, adalah mustahil bagi Pas dan Umno mengadakan kerjasama politik dan mereka yang mencanangkan adanya kerjasama politik antara Pas dan Umno hanyalah fitnah.

“Dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun Pas tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat,” katanya di sini, semalam.

Katanya, sebagai contoh, Pas di Kelantan telah mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno.

Tambahnya, pada masa kini, Pas juga mengemudi RUU355 dan parti Islam itu buat kali ketiga membuat perhimpunan untuk Rohingya serta akhirnya Umno turut menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan juga bantahan kepada Rohingya.

“Jika Pas bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak Pas? Pas adalah parti pembangkang yang matang dan efektif, di mana ia mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan.

“Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas akan terus menjadi perintis kepada pendekatan matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara.

Pada masa sama, katanya, Pas adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik bagi menggantikan sistem negara dengan Islam.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Kat mulut : politik matang, politik matang........

Kat hati : alamakkkkkkk!!!! Miss sorru aku kalu ialah ni. Cilako punyer tn guru hj dol neh.....

Anonymous said...

Kat mulut: kita akan kekalkan ini negeri uganda. Kita kuattttt.


Kat hati: bila aku nak bungkus kain baju ni...


Kat otak: kerja tangkap ikang belukang pun ok jugak....

Lan said...

MELIHAT KEPADA SUASANA POLITIK SEMASA, PAS LEBIH SELESA BERSAMA UMNO/BN UNTUK BERKONGSI KERJASAMA DALAM MENENTUKAN ARAH TUJU MENCORAKKAN NEGARA. SUASANA POLITIK YANG ADA TIDAK MENGIZINKAN PAS BERSAMA DENGAN PAKATAN HARAPAN RAKYAT KERANA SIKAP MEREKA YANG RAKUS TIDAK TENTU HALA YANG MERUGIKAN

Kongsi sama2 ....Najib 2.6b ...Presideng 90j jadi lah ....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.