Tiada kebenaran untuk Anwar buat kenyataan media
KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara tidak pernah membenarkan bekas Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan sebarang kenyataan
media di mahkamah seperti didakwa sebuah portal berita.
Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Datuk
Hassan Sakimon berkata penelitian terhadap klip video portal berita itu
mendapati sidang akhbar berlaku ketika Anwar diiringi keluar sebaik
selesai perbicaraan di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur di sini semalam.
Katanya setiap kali Anwar diiringi ke mahkamah bagi tujuan perbicaraan,
kerap kali proses pengiringan tersekat oleh pihak media dan orang ramai
yang memungkinkan berlaku interaksi lisan di luar kawalan Jabatan
Penjara.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada diguna pakai bagi memastikan
pengiringan terhadap semua banduan termasuk Anwar dilaksanakan dengan
mengutamakan aspek keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini.
Kenyataan ini dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah portal berita
yang mendakwa Anwar dibenarkan membuat sidang akhbar semasa berada di
mahkamah oleh Jabatan Penjara, kata Hassan.
Hassan berkata Jabatan Penjara sedang menjalankan siasatan berhubung
kejadian sebenar yang berlaku di Mahkamah Rayuan berkenaan semalam.
"Pihak kami sesekali tidak akan berkompromi jika berlaku sebarang salah laku anggota dan pegawai penjara," katanya. – Bernama
7 orang berkata:
Kejaan pun byk buat salah laku tapi buat dekkk aje bila ditegur. Contohnya menindas orang2 asli.
Kadang2 cara pemimpin Uganda nak pura2 tunjuk baik supaya dpt sokongan politik ialah buat aktiviti seolah2 mcm simpati kpd org rohingya. Dia harap2 dpt lupakan rakyat tentang perkara buruk yg mereka dah buat.
Di zimbabwe pun mcm ni jugak. Tujuannya supaya rakyat dpt lupa psal tindas org asli, sapu balak hutan simpan, Kebas duit cikgu agama, ambik dedak juta2, ambik royalti projek, mentskfiri, membarua dll....
Tapi rakyat dan org asli bukan spt walaon uganda yg mudah ditipu....
Kalau betul nak tolong rohingya. Apsal masa samsul bahrin buat usul, kamu mp2 buat pekak badakkkk? Sbb tidak ada keuntungan politik kannnnn? Jgn kelentong laa. Lebai google dah pecah rahsia laaa
Apa guna mp2 pas spt idris dan maizan pung pang pung pang pasal rohingya kat parlimen??? Apa tujuan sebenarnya. Bila wakil amanah buat usul bincang rohingya, mp2 pas jugak yang buat dekkk berkecuali tak nak sokongggg...
Nampak tak kepura2an mp2 pas ni? Nampak??
Klu mp pas nak buat usul, dengar mp pembangkang lain tak sokong atau berkecuali, cepat2 je dia nak tanam kat jirat cina...
Diaorg tak nak sokong sbb tak nak join perbahasan. Nak bahas tak berapa pandai, merapu2. Yg pandai dah join amanah atau dah jadi harum manis.
Tu yg derang berkecuali tu. Supaya tak nampak sangat derang tu bengappp.
Nak cover katakan...
Kat luar depan walaon2 yes men je tunjuk hebat merapu2
Sebelum beri sedekah kpd org miskin di luar, lebih afdal bagi sedekah kat sedara mara dan jiran2 kita.
Sebelum nak tolong sedara kita kat pendalaman mynmar tu, lebih afdal tolong sedara2 kita yg hilang rumah kena banjir dan orang asli yg dianiaya oleh pembalak2 dan pemimpin2 yg memelihara pembalak2 tersebut.
Yg dekat tu wajib, yg jauh tu harus.
Klu x boleh tolong org asli tu, lain kali pergi berambus dan jangan usik hutan simpan khazanah kita yg berusia lebih 2 juta tahun.
Post a Comment