Amanah berminat dengan kerusi Permatang Pasir
GEORGETOWN - Parti Amanah berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir dalam pilihanraya umum akan datang.
Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata,
parti itu berminat untuk bertanding berikutan kerusi di kawasan Dun
berkenaan kini dipegang Datuk Salleh Man Mat Aji dari parti Pas.
Menurutnya, walaupun hubungan persahabatan antaranya dengan Salleh Man
agak rapat, namun mereka tetap terikat dengan polisi parti.
"Amanah sangat berminat untuk bertanding di kerusi Permatang Pasir
kerana Pas bukan lagi salah satu parti dalam Pakatan Harapan. Oleh itu,
mengapa kita perlu memberi laluan kepada mereka?
"Memang benar saya berkawan baik dengan Salleh Man tetapi dalam hal
parti, polisi perlu diutamakan. Tidak kira lah bagaimana baik pun kita
dengan orang itu, polisi parti tetap yang pertama kerana beliau bukan
lagi dalam Pakatan, melainkan beliau menyertai Amanah," katanya kepada
media hari ini.
Dalam perkembangan lain, Dr Mujahid berkata, Amanah memandang positif
sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat ketetapan
akan menyertai Pakatan Harapan pada pilihanraya umum nanti.
Dr Mujahid berkata, Amanah sangat mengharapkan agar Bersatu membuat
ketetapan yang jelas tentang perkara itu dalam Mesyuarat Presiden pada
14 Disember nanti.
"Kita menanti keputusan Bersatu sama ada mereka akan bersama-sama
Pakatan ataupun sebaliknya. Sebelum ini mereka minta tangguh dalam
pertemuan di konvensyen lalu. Oleh itu, kali ini, dalam Mesyuarat
Presiden, kita harap mereka ada keputusan itu.
"Selain itu, kami juga menunggu keputusan Pas kerana kita sudah
memberi tempoh (deadline) agar membuat ketetapan tentang bentuk
kerjasama mereka dengan kita," katanya.
Menurutnya, sebelum akhir tahun ini, kesemua parti perlu membuat ketetapan sama ada masih mahu bersama pakatan itu atau tidak.
"Mana-mana parti dalam pakatan (ataupun tidak) perlu membuat ketetapan
yang jelas berhubung kerjasama dengan kita. Jika kita, kita tidak
bertanggungjawab walaupun mereka melabelkan diri mereka sebagai parti
pembangkang.
"Jika tiada ketetapan dibuat, maka kita menganggap mereka bersama-sama
BN. Sikap berkecuali yang mereka amalkan tidak memberi keuntungan kepada
Pakatan Harapan sebaliknya memberi kelebihan kepada BN. Oleh itu,
bagaimana kita berhadapan dengan BN, kita juga akan berhadapan dengan
mereka," katanya.
Dr Mujahid sebelum itu, membuat pengisytiharan pendapatannya,
perbelanjaan, harta dan hutangnya sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar.
Menurutnya, semua ahli parlimen perlu melakukan perkara sama khususnya
di kalangan Pakatan Harapan agar membuktikan ketelusan kepada rakyat.
7 orang berkata:
Nik amar dan pj pas Perak dah isytihar harta ker belum?? Amat yakob dah isytihar??
Kalu dah isytihar baguslah....
Memang dah kompom pas bersama umno, mic, mca dan gerakan dlm bn. Tak Kan la benda nyata mcm tu pun masih tak faham. Ngok sangat ker?
Untuk lebih jelas:
Umno, mca, mic, gerakan, parti cinta Malaysia + pas akan menentang PKR, dap, amanah, bersatu, psrm.
Pas akan dijadikan patung untuk memastikan bn memang.
Mendaulatkan Islam, mendaulatkan mahkamah syariah, memperjuangkan rohingya - hanyalah propaganda politik (wayang kulit) untuk meraih undi orang ramai. Tidak lebih drp itu.
Allah tidak akan memberi kemenangan kepada parti yg ahlinya suka memaki hamun, mengkafirkan orang lain, melaksanakan baiah haram, menfitnah orang lain, menindas rakyat yg sedikit dan lemah, merosakkan alam sekitar, menyokong pemimpin yg jahat, sombong, angkuh dan degil.
Ringkasannya, Pas pelacur agama.
Maulud nabi saw dia x sambu pasal sama mcm kristian dia kata.. besday karpal sigh dia usung kek sambut mesra hehe..puak2 ni sakit tapi dia x tau di sakit hehe..yg dah x kawan ngan dia pun baru nampak sakit dia,masa kawan dlu..backup pas hehehe..ini la politik..bukan pasal betul atau salah pun hihi
Post a Comment