Ahok dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun hina Islam
JAKARTA - INDONESIA. Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok
dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina
agama, lapor BBC.
Ahok yang merupakan etnik Cina Kristian pertama mentadbir ibu negara
Indonesia dan kes ini dilihat sebagai ujian toleransi agama negara itu.
Beliau dituduh menghina Islam dengan merujuk kepada ayat al Quran dalam ucapan kempen.
Sebelum keputusan itu, penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang
Ahok berkumpul di luar Mahkamah Agung di Jakarta masing-masing menuntut
pembebasan atau hukuman penjara yang panjang.
Kira-kira 15,000 anggota keselamatan yang terdiri daripada polis dan
tentera membuat kawalan keselamatan di tempat kejadian, dengan polis
rusuhan dan kereta perisai memisahkan dua kumpulan.
Ahok menjadi gabenor bukan Islam pertama di Jakarta yang diambil alih
daripada Joko "Jokowi" Widodo, yang dipilih sebagai presiden pada tahun
2014.
Ahok tewas kepada calon Muslim konservatif Anies Baswedan Rasyid dalam pemilihan gabenor Jakarta baru-baru ini.
Indonesia adalah negara Islam paling ramai penduduk di dunia. Kira-kira
85% daripada penduduknya adalah Muslim, tetapi negara itu secara rasmi
menghormati enam agama.
Dalam ucapannya di Kepulauan Seribu itu, Ahok didakwa meminta umat
Islam supaya tidak terpedaya dengan pihak menggunakan ayat 51 surah
Al-Maidah dalam Al-Quran yang menyebut umat Islam dilarang memilih orang
bukan Islam menjadi pemimpin mereka.
Kenyataan Ahok itu telah mencetus kemarahan umat Islam di Indonesia dan
ratusan ribu umat Islam menganjurkan demonstrasi membantah Ahok di ibu
kota Jakarta pada 4 November lepas.
4 orang berkata:
Pas...
Tolong jangan guna ayat quran berpilih2 semasa berpolitik. Cthnya tak mau guna ayat hukum kafirkan orang, ayat tak boleh rosakkan alam sekitar, ayat tak boleh sokong pencuri, ayat tak boleh ambik hak org lain tanpa kebenaran, ayat tentang sifat ilamak suu, ayat tentang sifat sombong dan bongkak, ayat tak boleh maki hamun dll. Cuba ulas ayat ini dan ambik pas sebagai contohnya.
apa yg kau merapu ni keldai.
Jual agama utk duit, pangkat dan Q7velfirerover
Pas dah lama tak guna ayat2 quran dan hadis tentang hukum maki hamun, tentang hukum takfiri, tentang hukum sokong penyamun, tentang hukum rosakkan sungai dan hutan, dalam ceramah2 politiknya. Sbb apa? Sbb dia sendiri buat benda yg dilarang tu.
Post a Comment