Pas Perak juga putus tahaluf siyasi dengan PKR negeri
IPOH - Pas Perak memutuskan hubungannya dengan PKR negeri sebagai
mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama Pas menamatkan tahaluf siyasi
dengan parti itu hari ini.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, keputusan Majlis Syura
Ulama itu adalah tepat setelah mengambil kira percanggahan yang
dibangkitakn PKR.
"Kita menerima keputusan yang dibuat dan kita harap anggota serta
jentera parti akan kekal fokus untuk mengukuhkan kekuatan parti bagi
menghadapi PRU14," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR]
Beliau mengulas pengumuman Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr
Muhammad Nik Zawawi Salleh mengenai keputusan itu dibuat kerana PKR
melanggar kerjasama mengikut hukum syarak dan akhlak Islam termasuk
menentang Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 yang dibawa Pas.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Negeri Dr Lee Boon Chye berkata
pihaknya berlapang dada dan menerima keputusan Majlis Syura Ulama Pas. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment