Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

2 TAHUN PENJARA ? LO KOK MURAH SEKALI ?

Ahok dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun hina Islam
Basuki Tjahaja Purnama- Foto AFP
Basuki Tjahaja Purnama- Foto AFP
 
JAKARTA - INDONESIA. Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dijatuhkan hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah menghina agama, lapor BBC.

Ahok yang merupakan etnik Cina Kristian pertama mentadbir ibu negara Indonesia dan kes ini dilihat sebagai ujian toleransi agama negara itu.

Beliau dituduh menghina Islam dengan merujuk kepada ayat al Quran dalam ucapan kempen.

Sebelum keputusan itu, penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Ahok berkumpul di luar Mahkamah Agung di Jakarta masing-masing menuntut pembebasan atau hukuman penjara yang panjang.

Kira-kira 15,000 anggota keselamatan yang terdiri daripada polis dan tentera membuat kawalan keselamatan di tempat kejadian, dengan polis rusuhan dan kereta perisai memisahkan dua kumpulan.

Ahok menjadi gabenor bukan Islam pertama di Jakarta yang diambil alih daripada Joko "Jokowi" Widodo, yang dipilih sebagai presiden pada tahun 2014.

Ahok tewas kepada calon Muslim konservatif Anies Baswedan Rasyid dalam pemilihan gabenor Jakarta baru-baru ini.

Indonesia adalah negara Islam paling ramai penduduk di dunia. Kira-kira 85% daripada penduduknya adalah Muslim, tetapi negara itu secara rasmi menghormati enam agama.

Dalam ucapannya di Kepulauan Seribu itu, Ahok didakwa meminta umat Islam supaya tidak terpedaya dengan pihak menggunakan ayat 51 surah Al-Maidah dalam Al-Quran yang menyebut umat Islam dilarang memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka.

Kenyataan Ahok itu telah mencetus kemarahan umat Islam di Indonesia dan ratusan ribu umat Islam menganjurkan demonstrasi membantah Ahok di ibu kota Jakarta pada 4 November lepas.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Pas...
Tolong jangan guna ayat quran berpilih2 semasa berpolitik. Cthnya tak mau guna ayat hukum kafirkan orang, ayat tak boleh rosakkan alam sekitar, ayat tak boleh sokong pencuri, ayat tak boleh ambik hak org lain tanpa kebenaran, ayat tentang sifat ilamak suu, ayat tentang sifat sombong dan bongkak, ayat tak boleh maki hamun dll. Cuba ulas ayat ini dan ambik pas sebagai contohnya.

Anonymous said...

apa yg kau merapu ni keldai.

Anonymous said...

Jual agama utk duit, pangkat dan Q7velfirerover

Anonymous said...

Pas dah lama tak guna ayat2 quran dan hadis tentang hukum maki hamun, tentang hukum takfiri, tentang hukum sokong penyamun, tentang hukum rosakkan sungai dan hutan, dalam ceramah2 politiknya. Sbb apa? Sbb dia sendiri buat benda yg dilarang tu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.