Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA KOMEN MEREKA YANG MENENTANG ISLAM ?

Kuasa ALLAH, rumah terbakar, pakaian jadi abu tapi...
Kuasa ALLAH, rumah terbakar, pakaian jadi abu tapi...
Rosenida menunjukkan dua naskhah al-Quran miliknya yang tidak terjejas dalam kebakaran.
 
RANTAU PANJANG - Maha suci ALLAH SWT, sesuatu yang menakjubkan apabila dua naskhah al-Quran tidak terbakar biarpun sebuah rumah hangus dalam kebakaran dua kediaman di Taman Melati Kampung Gaung kira-kira 11.15 pagi kelmarin. 

Turut terselamat ialah jam dinding mengandungi ayat al-Quran dan telekung solat.

Mangsa, Rosenida Yaacob, 46, berkata, dia terkejut mendapati barangan itu tidak hangus dan masih bersih biarpun kediamannya tidak dapat diselamatkan.

“Mulanya saya nak cari barang-barang mungkin terselamat, tapi kami terkejut sebab banyak kelengkapan menunaikan solat terselamat.

“Inilah kuasa ALLAH, rumah dah hangus, pakaian lain pun dah jadi abu, tapi kalimah suci dan kain sembahyang tetap molek," katanya.

Rosenida yang bekerja sebagai pengusaha kantin sekolah rendah berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas dihubungi kakaknya kira-kira 30 minit selepas kejadian.

"Tempat kerja saya ada masalah liputan. Kebetulan saya nak ke pasar, barulah kakak berjaya telefon. Bila sampai rumah, api dah menjulang dan bahang kuat.

“Saya hanya mampu menangis lihat semua barang dalam rumah hangus,” katanya.

Sementara itu, jiran Rosenida, Aina Zaki, 27, sanggup meredah api demi menyelamatkan dua anaknya yang berusia empat dan dua tahun.

Aina berkata, dia menyedari rumahnya terbakar selepas melihat kepulan asap tebal di bumbung rumah.

“Saya jerit sekuat hati panggil anak-anak saya tapi saya tak nampak laluan masuk ke rumah sebab asap tebal.

“Sayup-sayup saya dengar mereka menangis di luar, jadi saya segera keluar tanpa sempat nak bawa barang berharga lain,” katanya.

Tambahnya, setibanya di luar rumah, dia tidak dapat menahan air mata dan menangis di samping kedua-dua anaknya itu.

Anak Rosenida, Muhammad Dhaniel Hafiz Azli Zuhairey, 19, berkata, pada mulanya dia beranggapan ada penduduk membakar sampah di luar rumah.

Katanya, dia yang baru sahaja keluar untuk menjemur pakaian terkejut kerana melihat Aina menangis bersama dua anaknya di pintu pagar.

“Masa itu baru saya sedar rumahnya terbakar, lalu saya bawa mereka ke tempat selamat.

“Saya sendiri tak sempat selamatkan apa-apa sebab api cepat merebak ke ruang tamu rumah saya,” katanya.

Bagi guru fardu ain Tadika Perpaduan Cik Rohaya Mohd Zin, dia menyedari kebakaran itu selepas melihat kelibat mangsa di luar rumah.

“Mulanya saya tak perasan asap dan api di rumahnya, tapi lepas lihat kekecohan itu, saya cepat-cepat selamatkan 20 kanak-kanak tabika di sini.

“Mujurlah mereka selamat dan tak cedera, malah tabika yang terletak di hadapan rumah terbakar itu tak terjejas,” katanya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Kanan Bomba I, El-Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.30 pagi.

Menurutnya, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas serta Rantau Panjang bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki tiga jentera.

"Setibanya di tempat kejadian, kita dapati dua rumah terbakar hampir 80 peratus.  Operasi memadam menggunakan dua reel hos dan dua pancutan muncung air.

“Kebakaran berjaya dikawal dalam masa lima minit. Punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

13 orang berkata:

Anonymous said...

Mudah2an mangsa kebakaran ini tabah menghadapi ujian Allah.


Kepada semua umat Islam, ikutlah Quran itu sepenuhnya. Jangan ambil sekerat2, yang kita suka selalu kita ulang, yang kita tak suka kita sebut pun tak nak. Quran ada sebut dan larang jangan maki hamun, jangan panggil orang dengan panggilan buruk, jangan kafirkan orang, jangan tuduh orang tak suka Islam, jangan tuduh orang munafik, jangan curi duit cikgu, jangan ambil tanah orang buat bangunan, jangan rosakkan alam sekitar dll.

Malangnya kita buat jugak walaupun orang panggil kita dengan gelaran tuan guru, haji dan berserban berjubah berjanggut.

Amalkanlah ajaran Quran sepenuhnya. Jangan pulak nak tunjuk hebat, kita buat hukum sendiri ikut otak Kita walaupun hukum it berlawanan dgn apa yg ada dalam Quran dan hadis.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Setuju sangat. Jgn jadi lebai sekerat.

Anonymous said...

Dlm Quran atau hadis tidak disebut 30 tahun atau RM100 ribu. Itu ikut kepala sapa entah...

Anonymous said...

Ruu 355 cuma utk martabatkan mahkamah syariah sahajalah. Kenapa bengap pandap ni???

Anonymous said...

Semoga mangsa tabah dgn ujian Allah swt.

Try campak hadi masuk dlm api. Ntah2 hadi pun tak terbakar, ulama taraf dunia tuu.

Anonymous said...

10.41.
Betulkah apa ko cakap ni? Sebenarnya cuma martabatkan mahkamah je la ye? Bukan martabatkan hukum Islam la ye? Habis tu sampai kafir mengkafir, nak tanam Kat jirat cina tu apa hal? Buat seronok2 ye? Politik ye?

Anonymous said...

Serban dia je yg x tebakar kot....

Anonymous said...

Kahkahkahkah. Lawak

Anonymous said...

Pas ikatan gagasan sejahtera @ p***

Anonymous said...

Rakyat bukan menentang islam..mereka tentang lebai yg gunakan islam utk kepentingan diri..suka kafirkan orang lain yg x sependapat..

Anonymous said...

Anon 1041 Bapak bengap Gila ko ni...
Kaki spin jual agama & kapirkan orang!

Anonymous said...

Betul.
Mereka menentang lebai yg ikut Quran sekerat2. Mereka menentang lebai sekerat.

Unknown said...

sebenarnya mudah je apa kisah n tuhan mahu tunjuk dlm kejadian diatas itu smua sudah besar panjang jd pikir la mana baik mana buruk.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.