Arul jangan dikambinghitamkan, PM sila jawab
SHAH ALAM - Pas mengulangi gesaan agar Presiden/Pengarah Eksekutif
Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mendedahkan kemelut yang membabitkan
syarikat pelaburan strategik negara itu.
Arul menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man perlu berbuat demikian sebelum dikambinghitamkan.
Menurut Tuan Ibrahim, ini bukan lah kali pertama Pas menggesa Arul
berbuat demikian namun pernah disuarakan ketika kemelut 1MDB dengan
International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment
PJS (Aabar BVI).
"April tahun lalu, Pas pernah menggesa Arul Kanda untuk mendedahkan
segalanya sebelum beliau berundur malah ketika itu dia turut memberitahu
akhbar The Edge mengenai kemelut isu 1MDB ada kaitan dengan
International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment
PJS (Aabar BVI).
"Malangnya perkara itu terbantut apabila terbatalnya perjanjian jualan
saham (SSA) Bandar Malaysia seperti diumumkan TRX City Sdn Bhd pada 3hb
Mei," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Tambahnya lagi, Arul tampil berjanji akan membuat satu pengumuman penting mengenai 1MDB pada 5 Mei lalu.
"Malangnya, belum sempat beliau berbuat demikian, timbul pula ura-ura
bahawa Arul telah disingkir daripada daripada lembaga pengarah syarikat
Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange kerana “konflik kepentingan".
"Persoalannya apakah yang bakal diumum oleh Arul? Apakah pengumuman
Arul ini tidak direstui oleh Perdana Menteri?," katanya lagi.
Sementara itu, The Financial Times semalam melaporkan tindakan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan perjanjian Bandar
Malaysia kerana hilang sabar akibat gagal mendapatkan pembiayaan.
"Jika ia benar, Pas menggesa Perdana Menteri berhenti berdiam diri dan tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar," katanya lagi.
"Pas mengulangi gesaan agar Arul dapat mendedahkan segalanya sebelum
dikambinghitamkan. Itu pembebasan sebenar daripada tanggungjawab yang
beliau pikul terhadap 1MDB ini," katanya lagi.
2 orang berkata:
Dekat pru baru dengar. Parti dah jadi tukun tiruan baru nak bising mdb. Tak boleh pakai
Hj hadi mana?
Tak nak komen 1mdb ke ji?
Post a Comment