Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AYYAAAAH , ATAK HANTU TANJUNG MALI OOOOO

AISEEEH, TAK DE HARAPAN LA OLANG BALU KASI GANTI ITU OLANG LAMA !
-Pak Kalamu-
Pas Selangor nafi exco bakal dipecat
Pas

SHAH ALAM - Pas Selangor menafikan dakwaan bahawa tiga exconya akan dipecat daripada pentadbiran Kerajaan Selangor selepas parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

13 Mei 2017

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, kedudukan tiga exco Pas itu dikekalkan sehingga Dun dibubarkan seperti yang dinyatakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini.

“Tidak timbul isu (pecat) ini. Pada pertemuan dengan menteri besar semalam pun, Mohamed Azmin tidak mengeluarkan kenyataan untuk memecat mahupun meminta exco Pas untuk melepaskan jawatan mereka masing-masing.

“Ini hanyalah andaian dan khabar angin pihak luar sahaja. Kita berpendirian untuk kekal kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pelbagai pihak serta laporan beberapa media hari ini bahawa Mohamed Azmin dijangka memecat kesemua exco Pas tersebut selepas Majlis Syura Ulamak Pas menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi serta Zaidy Abdul Talib yang menyandang Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sementara itu, Dr Ahmad Yunus  dan Iskandar ketika ditanya mengenai isu itu berkata, Mohamed Azmin dalam pertemuan kelmarin tidak langsung mengarahkan mereka untuk meletakkan jawatan.

Ahmad Yunus berkata, tiada kenyataan yang keluar dari mulut menteri besar berhubung isu pemecatan itu.

"Sebab itu, saya terkejut bila isu ini keluar dalam beberapa laporan media hari ini. Kita sendiri tidak tahu siapa yang mencipta isu ini.

“Mesej menteri besar yang terkini kepada saya adalah beliau kata akan letak kita (exco Pas) dalam Kabinetnya,” katanya.

Iskandar pula berkata, dakwaan beberapa media hari semalam juga  tidak tepat.

“Tidak ada sebarang arahan. Saya tidak menerima sebarang arahan,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan tersebut.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Bila adun2 pas nak join adun bn? Join la cepat sikit. Mintak noh hadi jadi mb

Anonymous said...

Speaker negeri uganda apa cerita? Dengor hebat betul sifat memihoknye. Kalah speaker laen..

Anonymous said...

Janda tua kenalah berambus. Bagi la peluang bekas somi tu ganti bini muda 18 tahun.

Anonymous said...

Janda tua gi kemas kain baju balik rumah bapak la. Sador le, awok tu dah cerai. Tehegeh2 kat rumah bekas somi tu apa hal? Muka tak tau malu ke?

Lan said...

Cina kapir pun ada maruah .....ni dah cerai talak 3 , tapi x nak keluar umah , tunggu kena halau . X kena halau , buat bodoh , kata pulak ...x kena halau lagi ....aduss mana maruah orang agama ni

Anonymous said...

Pas memang bodoh lah. Dari dulu aku dah perasan. Diorang ni modalkan agama utk wang.
Kat blok ni pun ramai dah suruh berambus dari Selangor. Ini sudah cukup mengambarkan suara Rakyat Selangor menolak penghianat.
Sila berambus!

Anonymous said...

Bapak dia tak bagi berambus la bhaii. Kang elaun bulan2 bapak dia miss. Bapak dia bini 3 sapa nak suap mulut bhaii?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.