AISEEEH, TAK DE HARAPAN LA OLANG BALU KASI GANTI ITU OLANG LAMA !
-Pak Kalamu-
Pas Selangor nafi exco bakal dipecat
SHAH ALAM - Pas Selangor menafikan dakwaan bahawa tiga exconya akan
dipecat daripada pentadbiran Kerajaan Selangor selepas parti itu
menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, kedudukan tiga exco
Pas itu dikekalkan sehingga Dun dibubarkan seperti yang dinyatakan
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
“Tidak timbul isu (pecat) ini. Pada pertemuan dengan menteri besar
semalam pun, Mohamed Azmin tidak mengeluarkan kenyataan untuk memecat
mahupun meminta exco Pas untuk melepaskan jawatan mereka masing-masing.
“Ini hanyalah andaian dan khabar angin pihak luar sahaja. Kita
berpendirian untuk kekal kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat
pada PRU yang lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pelbagai pihak
serta laporan beberapa media hari ini bahawa Mohamed Azmin dijangka
memecat kesemua exco Pas tersebut selepas Majlis Syura Ulamak Pas
menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.
Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang
portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyandang portfolio
Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan
Teknologi dan Inovasi serta Zaidy Abdul Talib yang menyandang
Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan
Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sementara itu, Dr Ahmad Yunus dan Iskandar ketika ditanya mengenai isu
itu berkata, Mohamed Azmin dalam pertemuan kelmarin tidak langsung
mengarahkan mereka untuk meletakkan jawatan.
Ahmad Yunus berkata, tiada kenyataan yang keluar dari mulut menteri besar berhubung isu pemecatan itu.
"Sebab itu, saya terkejut bila isu ini keluar dalam beberapa laporan
media hari ini. Kita sendiri tidak tahu siapa yang mencipta isu ini.
“Mesej menteri besar yang terkini kepada saya adalah beliau kata akan letak kita (exco Pas) dalam Kabinetnya,” katanya.
Iskandar pula berkata, dakwaan beberapa media hari semalam juga tidak tepat.
“Tidak ada sebarang arahan. Saya tidak menerima sebarang arahan,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan tersebut.
7 orang berkata:
Bila adun2 pas nak join adun bn? Join la cepat sikit. Mintak noh hadi jadi mb
Speaker negeri uganda apa cerita? Dengor hebat betul sifat memihoknye. Kalah speaker laen..
Janda tua kenalah berambus. Bagi la peluang bekas somi tu ganti bini muda 18 tahun.
Janda tua gi kemas kain baju balik rumah bapak la. Sador le, awok tu dah cerai. Tehegeh2 kat rumah bekas somi tu apa hal? Muka tak tau malu ke?
Cina kapir pun ada maruah .....ni dah cerai talak 3 , tapi x nak keluar umah , tunggu kena halau . X kena halau , buat bodoh , kata pulak ...x kena halau lagi ....aduss mana maruah orang agama ni
Pas memang bodoh lah. Dari dulu aku dah perasan. Diorang ni modalkan agama utk wang.
Kat blok ni pun ramai dah suruh berambus dari Selangor. Ini sudah cukup mengambarkan suara Rakyat Selangor menolak penghianat.
Sila berambus!
Bapak dia tak bagi berambus la bhaii. Kang elaun bulan2 bapak dia miss. Bapak dia bini 3 sapa nak suap mulut bhaii?
Post a Comment