SUDAH DIPERINGATKAN, TAPI BUAT TAK PEDULI,
ATAU TERPAKSA MAKI HAMUN PAS BAGI PUAS HATI DAP ?
ATAU TERPAKSA TENTANG RUU355 BAGI PUAS HATI DAP&PAN ?
PAS HANYA MELIHAT GELAGAT KAMU DALAM KEADAAN LESU,
AKHIRYA KITA BERPISAH JUA
KAMU IKUTLAH JALAN KAMU
DAN KAMI IKUT JALAN KAMI
SEKARANG KAMU TENTU SUDAH MERASA PUAS ?
-Pak Karamu-
Saya kecewa keputusan Pas: Azmin
SHAH ALAM - Susulan keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang memutuskan
tahaluf siyasi dengan PKR, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali berkata, beliau akur namun kecewa dengan keputusan yang
dibuat.
"Saya kecewa dengan keputusan Pas," demikian ungkapnya ketika ditemui pagi ini di bangunan SUK Selangor.
Menurut Mohamed Azmin, keputusan yang dibuat itu juga membelakangkan aspirasi rakyat negeri ini yang mahukan perubahan.
"Jika kita lihat kerajaan Selangor dari tahun 2008 yang terbentuk atas
semangat dan prinsip tahaluf siyasi, sudah banyak pencapaian dan
kejayaan besar yang telah kita capai termasuklah perkembangan umat Islam
dan agama Islam.
"Atas prinsip tahaluf siyasi ini lah kerajaan berjaya laksanakan mandat
dan aspirasi rakyat maka, keputusan ini sedikit sebanyak memberi kesan
kepada harapan tinggi rakyat untuk laksanakan perubahan," katanya ketika
ditemui di lobi utama bangunan SUK Selangor.
Semalam, Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR]
Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat
banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut
pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada
pembatalan ini.
Sementara itu, pagi tadi, ketiga-tiga exco Pas Selangor telah dipanggil
untuk memberikan penjelasan mereka berhubung perkara ini kepada Mohamed
Azmin.
"Penjelasan telah diberikan kepada saya dan ia akan diteliti terlebih
dahulu serta saya juga akan bawa penjelasan tersebut kepada Presiden
PKR, (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).
"Segala tindakan akan diambil selepas perbincangan dengan Presiden dibuat," katanya lagi.
Tambahnya lagi, beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR, sudah
melakukan apa yang patut untuk mengelakkan perkara ini terjadi.
"Saya sudah lakukan segala yang termampu namun, kesabaran ada batasannya," katanya.
Semalam Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu, Sallehen Mukhyi berkata,
Pas mengekalkan khidmat tiga exconya dalam pentadbiran Kerajaan Selangor
sehingga Dun dibubarkan, walaupun Majlis Syura Ulama parti itu
memutuskan untuk membatalkan hubungan politik dengan PKR.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga exco Pas kekal hingga Dun Selangor bubar]
Menurutnya, khidmat tiga exco itu perlu dikekalkan kerana ia adalah mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU14.
"Namun, Pas Selangor akur dan menghormati keputusan Majlis Syura Ulama
Pas yang memutuskan hubungan politik Tahaluf Siyasi antara Pas dan PKR
telah terbatal," katanya dalam kenyataan.
2 orang berkata:
KALAU KAMU SEMUA IKUT JALAN KAMU, MENGAPA TERHEGEH HEGEH LAGI, ANGKAT KAKI LAH, TAK KAN ITU PUN TAK FAHAM, KAT MANA MARUAH KAMU SEMUA????
maruah apa yg PKR ada lg? menang dan dpt jd MB pun dgn bantuan dan sokongan dr PAS, tp yg paling celaka nya PKR nih dok fitnah PAS dpt dedak dr najib tanpa bukti, bagi sokongan kpd musuh rakan tahaluf-->PAN n DAP, mmg patut pun putus , tak guna pun berkawan dgn PKR lahanat nih
Post a Comment