PKR kini di persimpangan maut: Pakar
SHAH ALAM - Konflik PKR dan Pas akan menyebabkan agenda Pakatan Harapan
tidak tercapai, itu kata penganalisis politik Universiti Utara
Malaysia, Md Shukri Shuib.
Md Shukri juga tidak menolak, Pas akan bekerja lebih kuat dan tidak
akan membiarkan kerusi PKR selamat selepas memutuskan hubungan dengan
parti itu.
"Jika Pas bertindak bertanding di kerusi-kerusi PKR, maka kemungkinan
besar walaupun Pas tidak akan menang di kawasan terbabit, tetapi mangsa
politik yang tragis adalah PKR.
"Ramai calon PKR kemungkinan 'mati katak' jika Pas bertindak menguasai
semula kerusi yang dipinjam kepada PKR," katanya kepada Sinar Online,
hari ini.
Menurut Md Shukri yang juga merupakan Felo Penyelidik Pusat Kajian
Politik Malaysia (Mapan), apa yang berlaku antara Pas dengan PKR juga
akan menjadikan hubungan antara kedua parti itu tidak akan terjalin
seakrab dahulu.
"Konflik yang melanda hingga terbubarnya tahaluf Pakatan Rakyat
dahulunya boleh diandaikan berkisar soal hubungan pemimpin dan tokoh DAP
dengan pihak Pas.
"Jika masing-masing parti termasuk DAP mampu memahami apa keperluan
Pas, maka hubungan politik tidak akan sampai ke tahap kritikal sebegini.
"Kejayaan PKR sebagai ejen penyatu Pas dan DAP jelas, malangnya kini
PKR akan terhakis peranannya dan mungkin akan mengalami tsunami defisit
sokongan akibat ketiadaan Pas bersama mereka," katanya lagi.
Menurutnya lagi, PKR kelihatan akan terus menjadi musuh kepada Pas
kerana persahabatan akrab dengan DAP termasuk dengan Amanah yang
merupakan seteru Pas.
"Jadi kini PKR dalam persimpangan maut.
"PKR mungkin hanya akan mengharapkan kemenangan di kawasan pengundi
cina melebihi 60 peratus. Apa yang boleh PKR buat adalah dengan meminta
DAP meminjamkan kerusi mereka bagi memastikan survival parti berkenaan,"
katanya lagi.
3 orang berkata:
Tapi aku rasa pas lagi banyak yg mati katak. Negeri penternak unta pun Akan sama mati katak.
TAPI AKU SUKA. SERIOUSLY
Biar dua2 mati katak. Bagus kalau dua2 mati katak. Negara lebih makmur dan aman. Nak tengok mcm mna muka kakitgn sgor dpt bonus 500 hinggit. Sebelum ni bukan main sombong dpt bonus 3 bulan tiap2 tahun.
Di selangor Pkr mati katak. Di kelantan pas mati katak.
Last2 din ayam jugak tak dpt cari makan. Q7 velfire rover bank dah jeling lain macam.
Post a Comment