RUU 355: Pas terbuka terima cadangan, kritikan
SHAH ALAM - Pas terbuka dengan sebarang kritikan dan cadangan oleh
mana-mana pihak mengenai isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang
Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.
Ketua Penerangan Pas yang dilantik semula, Nasrudin Hassan sekali lagi
menegaskan dan memberi penerangan kewajaran RUU 355 ini dibawa ke
Parlimen.
“Tujuan Pas membentangkan RUU 355 adalah untuk memartabatkan institusi
Mahkamah Syariah di negara ini bagi membolehkan hukuman selari dengan
syariat Islam yang sebenar.
“Usaha Pas ini adalah bertepatan dengan peruntukan perlembagaan yang
sedia ada dan bersesuaian dengan sistem demokrasi berparlimen yang
diamalkan di negara ini.
“Selain itu, sokongan orang ramai terhadap RUU 355 yang diusulkan oleh
Pas ini memperlihatkan kepentingan dan kewajarannya justeru ia tidak
harus diremeh atau diperlecehkan,”katanya dalam satu kenyataan, hari
ini.
Terdahulu, bekas Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya
mengkritik RUU 355 yang dibawakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang mendakwa parti itu hanya mengiktiraf satu daripada pebagai
cabang syariah.
Katanya, syariah merangkumi beberapa aspek lain dan tidak terhad pada jenayah sahaja.
Sementara itu, Nasrudin turut meluahkan rasa kecewa beliau di atas komen Ismail tersebut berkaitan dengan RUU 355.
“Sepatutnya beliau bersama-sama membantu usaha murni ini atau
sekurang-kurangnya tidak mengelirukan masyarakat dengan andaian dan
persepri yang dibuat akibat kejahilan diri sendiri.
“Bagaimanpun, Pas terbuka dan menerima undangan serta kunjungan
pelbagai pihak bagi menjelaskan lagi berkenaan RUU355," katanya lagi.
5 orang berkata:
Kang ada yg kena kafirkan ni kang
apabila TERNAKAN DAP berbicara
Ydp PA$ pdg serai terhegeh-hegeh minta maaf kt parti Ternakan Dap Penang pasal RUU...tanam jirat konon...!!!! apesal dia minta maaf kalau benar RUU tu hukum Islam.. bt malu je.... seorang Ulama minta maaf kt parti yg kau kata Ternakan Dap.....
bagi aku... Pas x payah bising2 pasal RUU... Tadbir dulu Kelantan(negeri tunggal pas) bagi elok2 dulu...atasi dulu Isu air bersih.. banjir.. dadah.. Kebersihan.. peluang kerja.. pelabur.. rumah mangsa banjir... rakyat hijrah keluar... gaji guru & kebajikan sek pondok... tebang balak gila2 .. alam sekitar.. org asli... jalan raya... ni Kelantan pun caca merba.. nk suruh rakyat ikut RUU ciptaan sendiri....
ko kitaorg yg naik kapcai ni la kau org latu ..lenjan..kerah.. perah..balun suruh bt keje mcm buruh kasar&kuli batak.. kau org sedap2 je dok dlm aircond velfire.. porche..audi siap gi merayap kt kl lagi dgn bini no2.race sampai kena aes.. korang boleh la berlagak sb dpt Ap parlimen je..esok kalau kalah .. korang bwa la bot nelayan kt k.perlis.. sg termeloh.. & k.nerus.... piraaaaaaaahhhhh tunggu pru14.. baru korang taw rabu khamis....
Post a Comment