KAMU HANYA SEORANG PENGANALISA POLITIK
YANG BENGAP DAN BEBAL
PATUTNYA KAMU NASIHATKAN MB SELANGOR
SEKALI TAPI NAMPAKNYA KENYATAAN KAMU ADALAH BERPEHAK
PATUTNYA KAMU KENA BELAJAR ERTI PENGURUSAN KEMANUSIAAN DALAM BERPOLITIK
SILA TAMBAH PENGETAHUAN
BAGAIMANA MAHU MENGURUS
KEMANUSIAAN SEBELUM LAYAK UNTUK
MEMBUAT ANALISA BERHEMAH
-Pak Karamu-
Letak jawatan jika bermaruah, moral tinggi
KOTA BHARU – Pas perlu meminta pemimpin mereka terutamanya exco di
Selangor meletak jawatan supaya rakyat tidak merasakan keputusan putus
tahaluf siyasi sebagai hanya sandiwara politik sahaja.
Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Universiti Utara Malaysia (UUM),
Dr Rosdi Omar berkata, mereka (pemimpin Selangor) perlu bermaruah dan
moral yang tinggi untuk letak jawatan secara sukarela daripada terus
berada dalam kerajaan itu.
“Ini kerana Pas telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan
politik atau tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP. Walau bagaimanapun, saya
melihat bahawa pimpinan Pas Selangor mengambil tindakan sebaliknya di
mana mereka buat endah tak endah dengan keputusan daripada Majlis Syura
Ulamak dan Muktamar Pas.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya kecewa keputusan Pas: Azmin]
“Ini menunjukkan kepada saya bahawa dalam Pas ini masih ada dua pihak
yang mempunyai pandangan yang berbeza di mana satu pihak masih ingin
bersama pihak pembangkang dan satu pihak yang ingin bersama Umno atau
bersendirian,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Dalam perkembangan terkini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali berkata, beliau akur namun kecewa dengan keputusan Pas.
"Saya kecewa dengan keputusan Pas," demikian ungkapnya ketika ditemui pagi ini di bangunan SUK Selangor.
Menurut Mohamed Azmin, keputusan yang dibuat itu juga membelakangkan aspirasi rakyat negeri ini yang mahukan perubahan.
"Jika kita lihat kerajaan Selangor dari tahun 2008 yang terbentuk atas
semangat dan prinsip tahaluf siyasi, sudah banyak pencapaian dan
kejayaan besar yang telah kita capai termasuklah perkembangan umat Islam
dan agama Islam.
"Atas prinsip tahaluf siyasi ini lah kerajaan berjaya laksanakan mandat
dan aspirasi rakyat maka, keputusan ini sedikit sebanyak memberi kesan
kepada harapan tinggi rakyat untuk laksanakan perubahan," katanya ketika
ditemui di lobi utama bangunan SUK Selangor.
7 orang berkata:
Begitulah gaya politik parti fulusikom. Di Mana ada fulus di situlah dia melekat. Jangan harap ler dia nak berambooos
Klu majlis ularmak paksa jugak keluar atau letak jawatan, terpaksalah exco2 tu lompat ke parti pkr. Jadi ambil jln selamatlah...heee
PAK KARAMU , KAMU SEORANG SAJA YANG OK, LAIN SEMUA KO
Jangan buat azmin marah tau. Nanti kena pecat Tak merasa elaun puluh2 ribu.
Pak Karam tau Tak bloger umno dah pecah lobang. Ayah affin dah jumpa abang ajib sembunyi2. Wowwww....berita ug ni kena bgtau Kat org kapung kita.
Kalau x berani jangan nak tunjuk hebat. Cuba diam kan bagus ini tidak satu dunia kau cerita kau dah ceraikan dap. Dan terbaru dgn pkr.
Mana ada orang dah cerai tinggal serumah. Sebab si suami masih bagi nafkah ke?
Takkan pak lebai malang tak tau hukum kot..…
Serious ni.
Kalau ada maruah sila la keluar. Rakyat selangor dah tak nak kamu lagi.
Post a Comment