ECRL: Kelantan bagi kerjasama pengambilan tanah
KOTA BHARU - Kerajaan negeri Kelantan akan memberi kerjasama sepenuhnya
kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd untuk proses pengambilan tanah bagi
pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan
Pengkalan Kubor dengan Pelabuhan Klang di Selangor.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK), Datuk
Seri Mustapa Mohamed berkata, walaupun ada beberapa perkara masih belum
selesai antara pihak pemaju dan kerajaan negeri ketika ini, namun beliau
yakin ia akan dapat diselesaikan dengan baik.
"Ada beberapa perkara yang belum dibereskan dan ini sudah pasti
memerlukan kerjasama daripada kerajaan negeri. Tetapi kita difahamkan
kerajaan negeri akan beri kerjasama sepenuhnya terhadap (projek) ECRL
dalam urusan pengambilan tanah untuk pembinaan (projek berkenaan),"
katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Khas dan Berbuka Puasa
di sini malam tadi.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Darwis Abdul Razak.
Sementara itu Darwis berkata, proses pengambilan tanah akan bermula pada Julai ini dan akan berlangsung selama 12 bulan.
"Kita akan ikut prosedur-prosedur tertentu bagi memastikan proses
pengambilan tanah dapat dijalankan secara teratur dan pampasan akan
diberikan pada kadar yang munasabah," katanya.
Difahamkan, proses pengambilan tanah itu membabitkan pemakluman melalui
surat kepada pemilik-pemilik tanah yang telah dikenal pasti sebelum
satu perbicangan diadakan dengan mereka yang terlibat.
Projek ECRL sepanjang 600 kilometer itu akan menghubungkan Lembah Klang
dengan kawasan Pantai Timur melalui rangkaian perkhidmatan kereta api
yang melalui Pelabuhan Klang, Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT)
Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu,
Jelawat di Bachok dan berakhir di Pengkalan Kubor, Tumpat.
Terdahulu Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyerahkan sumbangan kepada 50 orang asnaf.
Majlis berkenaan turut menghargai jasa bekas Pengarah Jabatan
Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapha yang
bersara pada 23 Mei lepas dan digantikan dengan Yahya Mamat. - Bernama
9 orang berkata:
Alhamdulillah. Bukankah ini yg sepatutnya berlaku di antara dua parti ini sejak dahulu? Mengapa perbezaan wadah perjuangan menjadi penyebab permusuhan? Akhirnya budaya politik matang dan sejahtera bpms yg dibawa hj hadi memberi impak yg amat positif kpd kebajikan rakyat. Tun mahathir yg memusuhi kepimpinan almarhum tgna sudah tentu tidak senang duduk dgn berita terbaru ini. Kelantan semasa tun menjadi pm, di anak tirikan kerajaan pusat. Jaringan lebuhraya pantai timur pun sehingga trengganu sahaja. Betapa jahatnya tun,,,kita boleh lihat sendiri. Berbeza dgn ds najib,,beliau lebih mesra rakyat sekalipun bertarung dgn berbagai skandal, entah benar entah ke tidak?
Baru nk dpt rel keretapi dh kata baik... kami kt Penang.. dpt bapak kpd rel keretapi x kecoh pun.. jambatan ade 2... feri.. terowong bawah laut pun bakal ade... Ade rel keretapi pun bukan harga brg boleh turun pun.. gst dihapuskan.. air paip boleh jadi bersih....bodoh la ayat org pas ni... semcm rel keretapi tu hebat sgt...
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [7486] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 970 JUTA , wassalam.
Anon 1133 ayat terbaik
kah3
bagi tanah utk bt rumah mangsa banjir lagi baik....
senang nk angkut balak...
Org miskin boleh naik ke ketapi tambang mahal yg China buat tu? Untunglah China komunis turrr
Hahahaha
Boleh ke naik keretapi kapir harbi buat? Tak dosa ke?
Post a Comment