Exco Pas tegas mereka masih bersama kerajaan Selangor
SHAH ALAM - Exco kerajaan Selangor daripada Pas menegaskan bahawa
mereka masih bersama pentadbiran negeri itu kerana ia adalah mandat
yang diberi rakyat pada Pilihan Raya Umum 2013.
Exco Kanan Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, langkah itu adalah
demi memastikan kestabilan kerajaan Selangor susulan timbul banyak
khabar angin mengenai kedudukan parti Islam berkenaan dalam pentadbiran
pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, exco Pas juga akan menjalankan tugas seperti biasa dan
memastikan semua program kerajaan negeri seperti Inisiatif Peduli Rakyat
(IPR) terlaksana dengan jayanya.
"Barisan exco Pas akan terus memainkan peranan aktif dan berkesan
selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip
serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008."
"Dengan itu, kami memberi sokongan kepada kerjasama serta persefahaman
kepada kepimpinan sedia ada untuk memastikan rakyat Selangor dapat
menikmati kestabilan dan pembelaan yang berterusan," katanya dalam
kenyataan, di sini hari ini.
Kedudukan exco Pas dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila
muktamar ke-63 parti Islam itu April lepas meluluskan usul untuk
memutuskan hubungan dengan PKR yang pernah menjadi sekutunya.
Bagaimanapun, keputusan itu hanya akan dimuktamadkan selepas Majlis
Syura Ulama bermesyuarat mengenai tahaluf siyasi tersebut dalam masa
terdekat.
Kerajaan Selangor dipimpin Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden
PKR dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga Pas.
Sebagai exco kanan, Iskandar memegang portfolio Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, manakala Datuk Dr
Ahmad Yunus Hairi bagi portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi.
Selain itu, Zaidy Abdul Talib ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas
Tani. - Bernama
19 orang berkata:
Berambusss sajalah..
kah3. sakit hati nampak, keldai oh keldai
abg lim still wat dono hehe.. pas kene cuba strategi lain utk wat bekas suaminya itu(abg lim) kembali memujuknya hehe..
Pecat saja la kalu ada telo.. hi..hi..
Hero mmg org jahat jeles tu... kikiki
beambus je la. apa tunggu lagi.
ramai adun pas lain nak lompat.
kalau hebat sangat, buat la kejaan baru dgn umno selangor.
kahkahkah
Parti lebai2 keldai takde maruah sanggup melutut pd PKR, Amanah dan DAP..
Rancangan keldai2 Pas dan Umno nak guling Azmin dan PKR gagal. Malulah..
hahaha lebai sayang nak tinggalkan elaun.. kaya ooo kalau jadi exco di selangor.
Elehhhhh undi pas pun bukan boleh ubah apa2. Dia dah lebih umno dr umno.
Kahakptuiii
Mak ko nak Q7 tak?
Hehe
Nak guling2 azmin?
Ha3
Ada adun pas yg lompat kang
Mak dia nak velfire je bro. Velfire suspension bagus bro.
Lebai fulusikom
Nak suruh azmin pecat x berani...kan kene sound gila jawatan lagi...terpaksa la.suruh keldai2 hiok hiok hiok...syuhh syuhhh
Klu nak buat highway pun pas tak mampu nak bagi, tak perlulah nak mintak org undi. Rakyat miskin duduk dlm khemah, ko seronok naik Q7 dan Range Rover.
Tuang guru dedakikum Wal fasfisfus
Keldai2 hiok hiok hiok jd tunggangan lebai2 rasuah jual agama.
mak korang taksub politik mcm korang gak x? haha
Post a Comment