DAH CAKAP DAH, MEMANG ANAK DIDIK DAP
BILA NAK PANDAI DALAM BERPOLITIKPUN
TAK TAHU LA.
SIKAP BERPOLITIK, PANTANG LEKA
NAK NGAP SELALU.
TAK TUNJUK PROPESIONAL LANGSUNG,
BERPOLITIK MACAM KUCING
TUNGGU IKAN DARI TUANNYA
YANG ALPA
-Pak Karamu-
Kritikan Salahuddin dedah kelemahan Amanah
KOTA BHARU - Kritikan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),
Salahuddin Ayub, kononnya Pas tidak demokratik sekadar menelanjangkan
sifat Amanah yang jauh berbeza dari sudut keislamannya dengan Pas.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara
Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dakwaan Salahuddin ini juga
secara tidak langsung mendedahkan kelemahan perjuangan Amanah berbanding
Pas.
“Para pemimpin Amanah, termasuk Salahuddin, sering melaungkan bahawa
Amanah adalah parti yang memperjuangkan Islam sebenar berbanding
perjuangan para pemimpin Pas yang dikatakan sudah terpesong dari
landasan Islam.
"Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas Perlembagaan Pas dan Amanah
membuktikan bahawa Perlembagaan Pas jauh lebih Islamik berbanding
Perlembagaan Amanah, termasuk dalam isu pembuatan keputusan oleh
Muktamar Tahunan,” katanya.
Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin
Ayub, bahawa Pas tidak demokratik kerana keputusan Muktamar Tahunan Pas
masih dirujukkan kepada Majlis Syura Ulamak.
Menurutnya, ia tidak seperti Perlembagaan Amanah yang hanya menjadikan
Konvensyen Nasional mempunyai kuasa tertinggi parti tertakluk kepada
peruntukan di dalam perlembagaan itu, Perlembagaan Pas masih ada sekatan
lain.
Malah, mengikut Perlembagaan Pas, kekuasaan Muktamar Tahunan adalah
tertakluk kepada hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas, iaitu
Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan
nyata.
“Sebab itulah maka keputusan Muktamar Tahunan Pas, termasuk dalam isu
pemutusan tahaluf siyasi dengan PKR, masih perlu dirujukkan kepada
Majlis Syura Ulamak bagi memastikan ia selari dengan hukum itu.
“Bila Perlembagaan Pas meletakkan Kitabullah dan Sunnah Rasul serta
Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata sebagai hukum tertinggi
manakala Perlembagaan Amanah tidak mempunyainya jelaslah Pas lebih
Islamik,” katanya.
Tambah penganalisis politik itu lagi, malang bila Salahuddin yang
begitu lama berkecimpung dalam Pas, termasuk menjadi Ketua Pemuda dari
2003 ke 2009 dan Naib Presiden dari 2009 ke 2015, tidak faham
Perlembagaan Pas.
“Benar seperti disebut oleh Salahuddin, Perlembagaan Pas menyatakan
kekuasaan Pas adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan, tetapi pelik jika
beliau tidak tahu kekuasaan ini adalah tertakluk kepada peruntukan
disebutkan.
“Salahuddin patut lebih rasional serta tidak membiarkan dirinya
dipengaruhi oleh emosi kebencian atau kemarahan bila memperkatakan
mengenai sesuatu perkara yang membabitkan parti yang pernah
dianggotainya itu.
“Jika Salahuddin mahu bercakap mengenai soal Pas kononnya tidak
demokratik, pemimpin Pas juga boleh mempertikaikan prosedur pemilihan
pemimpin tertinggi Amanah yang tidak demokratik seumpama prosedur DAP.
“Ini kerana Perlembagaan Amanah memperuntukkan bahawa Presiden,
Timbalan Presiden dan tidak lebih daripada tiga orang Naib Presidennya
tidak dipilih secara terus oleh perwakilan di dalam Konvensyen Nasional.
“Sebaliknya, mereka dipilih oleh dan dari kalangan 26 Ahli Jawatankuasa
Kepimpinan Kebangsaan yang dipilih oleh perwakilan bersama-sama Ketua
Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Wanita Muda dan 14 Pengerusi Negeri,”
katanya.
6 orang berkata:
Kerja lebai2 dan walaon biol Pas ni kalau tak mengkafir, menjahilkan dan membangangkan org lain tak tenang agaknya hidup mrk. Satu jari tunjuk kat org empat jari lg tunjuk kat muka sendiri.
Ai lebai.,bila kena troll terus minta bantuan geng pro umno ulaskan bagi pihak mereka.
Kesian
Majlis Syura buat keputusan pilih2, putuskan tahaluf siyasi dgn pkr konon tapi di selangor taknak keluar. kononnya menjaga maslahah. hahaha tu semua lebai lapar duit, sayang nak lepaskan elaun ribu2 di selangor. ini bukan majlis syura.. ini Majlis Soruu, buat keputusan ikut perut dan hawa nafsu mcm syaitan.
Dah dlm perlembagaan PAS kata muktamar adalah kuasa tertinggi dlm membuat sebarang keputusan. Dlm muktamar pun ada 'kepala & ekoq' MSU... dah setuju sebulat suara. Saja nak lambat-lambatkan keputusan..RM banyak tuuu kat Selangor. Yg lagi haru..lps MSU buat keputusan rasmi..lepas kat JK Pas Pusat pulak. Sebenaqnya sapa yg berkuasa (selain Hadi Awang la )...
Kesiannya, tak habis2 dendam kesumat. Sekarang tengok sendiri sape sebenarnya yg dok kutuk & maki hamun orang. PAS ke kamu.Sudah2 la tu
penyokong PH ni mana ada otak...menyondol mcm tut..tut je la yg diorg tau..kesian
Post a Comment