Azmin minta semua pihak hormati titah Sultan
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kemelut politik di
Selangor bagi menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah.
Beliau berkata, Sultan Selangor menitahkan supaya barisan Exco kerajaan
negeri yang melibatkan keanggotaan pemimpin Pas tidak lagi dijadikan
isu selepas baginda memberi perkenan supaya tiga Exco Pas terus kekal
dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.
"InI membuktikan bahawa baginda amat memahami denyut nadi rakyat yang
mahu mandat diberi dilaksanakan dengan amanah dan bertanggungjawab.
"Tuanku juga bertitah supaya pihak tidak bertanggungjawab menghentikan
spekulasi tentang kestabilan kerajaan negeri dan kita akan laksana
mandat ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ini titah Tuanku
dan semua pihak mesti patuh dan terima," katanya kepada pemberita
selepas menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan semula Uptown Shah
Alam Seksyen 24 di sini.
Dalam titah khas hari ini, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat
Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco Pas dalam Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga ke tarikh PRU akan datang.
Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata
ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek
terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor
demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.
Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi Exco
yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan
Pas.
Tiga exco Pas ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio
Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar;
Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal
Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib
(Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan
Pertanian dan Industri Asas Tani).
Kedudukan Exco Pas dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila
Majlis Syura Ulama Pas pada 11 Mei lepas memutuskan supaya parti itu
menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri
Selangor kerana tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka. -
Bernama
14 orang berkata:
Terima kasih kpd azmin kerana menerima kami. Kami bg taik pun tuan masih balas dengan bunga. Mulia sungguh hati tuan. Berbeza benar dgn boss2 kami.
Esok pru14, kami ahli2 pas akan undi azmin kerana membalas jasa baik azmin mengekalkan exco kami. Kami ahli pas akan bantah boss kami kalu ada calon pas yg nak lawan azmin
Lepas pru14 kami ahli pas akan desak boss kami untuk hantar nama azmin untuk jadi MB bagi penggal kedua. Kami mahu boss kami menghargai jasa besar azmin kerana mengekalkan 5000 pemegang jawatan ahli parti kami.
Kepada semua ahli pkr, undilah azmin pada pru14 nanti dan lantiklah azmin sebagai mb lagi. Kami ahli pas pun sokong azmin. Oleh itu kamu ahli pkr pun mesti sokong azmin juga. Jalan berlubang2 yg byk kat selangor tu buat2 tak nampak aje la.
Kalau ada calon pas lawan azmin pada pru14 nanti, kami ahli pas tidak akan undi calon pas itu. Kami akan undi azmin jugak sebagai membalas jasa azmin terhadap 5000 pemegang jawatan pas di sini. Azmin jangan risau kerana kami akan balas budi azmin.
Kami ahli pas akan mintak pakkaramu buat promotion supaya ahli pas akan undi azmin. Kami percaya pakkaramu pun akan membalas jasa azmin kerana mengekalkan exco kita. Orang dah buat baik kpd kita, pakkaramu pun mesti buat baik dengan orang itu.
Kalau pkr kalah tapi azmin seorang saja menang pun, kita ahli pas akan mintak PJ parti kita hantar nama azmin jugak sbg mb. Orang buat baik, kita mesti balas dgn baik. Oleh itu pak karamu pun mesti undi azmin dan menyokong azmin dengan sepenuh hati.
Saya ahli pas menyeru semua rakan ahli pkr dan pas gombak untuk mengundi azmin sahaja. Tolong jangan undi parti lain kecuali azmin sahaja sbb azmin dah tolong kita kekalkan exco dari parti pas kita. Kita boleh pisah dgn pkr tetapi jangan pisah dengan azmin. Marilah mita ahli pas dan rakan2 kita ahli pkr jangan marah pada azmin.
Walaupun azmin parti pkr namun kami ahli pas tidak akan buruk2kan azmin. Kami akan lawan jika ada orang yang cuba jatuhkan azmin sebagai mb.
dah la x payah drama maksum la masing2, tegak bulu roma aku baca geli geleman hehe.. korang tengok x parti jual agama bukan main puji sultan la ni, sebab ape? sebab keputusan sultan memehak ke dia, walhal sultan ntah2 x pedulik pun pasal pas jual agama tu langsung hehe, sultan mengenang kestabilan rakyat je.. aku rasa gitu, x mau hidup harian rakyat jadi semak, banyak benda lain lagi nak buat..korang ingat x pas jual agama dulu baring2 tengah jalan lawan sultan kan? x ingat?korang mana ingat sebab masa tu korang berkawan lagi dan saling jilat bontot masing2 hehehe.. pas dari dulu pun x hormat sultan pun.. asal parti abg lim khalifah terbabas je menyinggung perasaan, pas jual agama akan backup hehehe.. betol?bukan setakat tu, bahkan yg telanjang, yg x pakai tudung dari parti abg lim khalifah pun pas backup hehehe.. betol kan? x payah buat2 lupa la yg baring tengah jalan memalukan anak cucu dulu lawan sultan tu sape? x payah beria2 belakon mcm parti ko ialah sebuah parti yg rendah hati dan sayang pada sultannye hehehehe..kepada pentaksub parti kaki bontot pulak, korang x yah sembang mcm petir sangat,parti kaki bontot ko tu pun sayang jawatan mcm parti jual agama tu gak.. sebab tu dia puji korang "matang" kat selangor hahahahaha.. barua tol hihihi..
Orang umno hamba 3 parti besar kapir
1) MCA
2) Gerakan
3) MIC
Saya Abe Safuan bin Hj Hadi Toi, ahli parti Pas malaysia cawangan Gombak dengan ini berjanji akan mengundi Azmin kerana jasa-jasa beliau yang telah mengekalkan exco pas dalam pentadbirannya, Dengan ini saya, anak beranak dan sedara mara akan mengundi azmin dalam pru14 nanti. Jadi saya mintalah ahli2 pas semua membalas kebaikan azmin itu. Ada ubi ada batas, ada teksi ada bas, orang dah bagi kita mesti balas. terima kasih.
Saya sebagai ahli pas berharap supaya Presiden Pas dan PJ pas Selangor tidak meletakkan calon 3 pentuju di tempat azmin menjadi calon sebab azmin yang baik hati telah memenuhi permintaan kita supaya mengekalkan pemegang jawatan lantikan ahli pas di sini. Saya juga mencadangkan supaya ahli pas supaya jangan sabotaj azmin dalam pru 14 nanti serta tidak memburuk2kan pentadbiran negeri di bawah azmin supaya negeri ini stabil, aman dan harmoni.
Jadinya, marilah kita ahli2 pas sama2 keluar meramaikan hari penamaan calun untuk azmin. Jadi pada hari itu kita ahli pas pakailah baju warna biru muda sebagai sokongan kita kepada azmin. Jika ada calon pas di kawasan azmin masuk bertanding, kita mesti memboikot calon pas itu sebab jasa azmin lebih besar. Calon pas tu apa jasa dia pada exco dan presiden kita yang tercinta??
Saya juga menyeru supaya ahli2 pas solat hajat supaya sudara azmin menang supaya dapat menjadi mb kita kerana jasanya pada parti pas dalam mempertahankan exco kita walaupun kedudukan kita masa itu tergugat. Jadi dengan itu, berdoalah solat hajatlah kita supaya saudara kita iaitu azmin, parti gagasan sejahtera dan parti cinta malaysia yang sealiran dengan kita supaya menang pru14.
kalau boleh, selain menjadi mb semula, kita sangat harap presiden dan ahli majlis akhirat akan memberi nama azmin sebagai PM yg ke-7.
Hidup pas, hidup azmin (3X)
Pandir si tukang sibuk itu tak tahu satu hal ini bahawa mereka itu hanya spt yeratai yg akarpun tak mampu jejak kebumi.sekali biduk dap lalu terkaitlah mereka menjjadi ekornya.sudah begitu cuba pula berpaut pada dahan rapuh pkr.asmin kalau lepaskan Pas jawabnya mb pun melepas.bkn asmin tak tahu tu.
Post a Comment