SIAPA KATA KUASA SULTAN TAK PENTING ?
NAH SEKARANG DAH TERJAWAB.
YANG NAK SANGAT JADI EXCO TU, NAH AMBIK
SINGGIT, PI MAIN JAUH-JAUH,
JANGAN ASYIK MENGACAU JE !
MERDEKAAAAAAA !!!
-Pak Karamu-
Sultan Selangor perkenan kekal tiga Exco Pas
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan
mengekalkan tiga Exco Pas Selangor dalam kerajaan negeri sehingga
pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu
kenyataan media hari ini berkata, Tuanku bertitah demikian selepas
meneliti dan menimbang segala aspek terutama dari sudut kestabilan
pentadbiran kerajaan Selangor.
"Setelah Tuanku berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali, baginda bertitah dan berkenan untuk kekalkan mereka (tiga
Exco Pas Selangor) dalam kerajaan negeri bagi memelihara kepentingan
rakyat secara keseluruhan, selain mahu usaha pembangunan negeri Selangor
terus dilaksanakan.
"Baginda juga mengambilkira mandat yang diberikan rakyat kepada
kerajaan negeri sedia ada untuk terus mentadbir bagi menjamin
keharmonian serta pembangunan agar kemakmuran rakyat di Selangor
tercapai," katanya.
Katanya, baginda juga yakin kepercayaan diperolehi Mohamed Azmin ketika
dilantik sebagai menteri besar pada September 2014 masih kekal.
Terdahulu, Mohamed Azmin menghadap Sultan Selangor dalam satu pertemuan
untuk memaklumkan berhubung kedudukan semasa barisan kepimpinan Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berikutan keputusan Pas Pusat
memutuskan kerjasama politik mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Susulan itu, Sultan Selangor turut menerima kunjungan Pesuruhjaya Pas
Selangor, Sallehen Mukhyi serta tiga Exco Pas Selangor berhubung
pendirian mereka dalam MMKN.
Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin turut menyeru kepada semua
pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi negatif tentang
kestabilan kerajaan negeri Selangor.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Sultan Selangor berharap
menjelang Ramadan ini, rakyat beragama Islam di negeri ini dapat
menumpukan persiapan diri mereka untuk meningkatkan keimanan dan
ketaqwaan dalam beribadat serta mengelakkan terlibat dari sebarang
fitnah dan tohmahan.
1 orang berkata:
KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [3383] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 690 JUTA , wassalam.
Post a Comment