Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PASAL JAWATAN PM PEMBANGKANG BERPECAH, SEMUA GILA KUASA

Bawa nama calon PM ke mesyuarat Pakatan Harapan
Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
 
SHAH ALAM - Di sebalik sokongan penuh kepimpinan dan perwakilan PKR terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ketujuh bagi PRU14, situasi berbeza pula bagi pemimpin Bersatu.

Gelagat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencuri tumpuan ramai apabila tidak turut serta mengangkat plakad 'Anwar PM ke-7'.

Mahathir dilihat memegang telefon pintarnya dan merakam perwakilan yang mengangkat plakad, manakala Muhyiddin sekadar bertepuk tangan.

Mukhriz ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden berkata, nama calon perdana menteri ke tujuh akan dibawa ke dalam perbincangan Pakatan Harapan pada sesi akan datang.

“Tak apalah, kita bincangkan ini di (mesyuarat) Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan.

“Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon perdana menteri diumumkan sebelum PRU,” katanya di Kongres Nasional PKR, di sini semalam.

Mengulas mengenai tindakan Muhyiddin dan Mahathir, beliau berkata, kemungkinan kedua-dua tokoh berkenaan sibuk mengambil gambar.

“Saya rasa mereka sibuk mengambil gambar dan disebabkan itu tidak memegang sepanduk. Tempat saya duduk juga tidak disediakan plakad berkenaan,” katanya.

Sementara itu Mahathir ketika ditemui mengakui menyokong pembebasan Anwar yang kini dikenakan hukuman penjara.

"Bukan saya yang menyebabkan beliau dipenjara, itu cerita lama," katanya.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Lantaklah janji PH menang. BN bawa kemusnahan.

Anonymous said...

PH menang dpt Madey...lagi byk kemusnahan. Islam xyah citer la...belum masa yg sesuai kata Anuwar. Pusing kiri pusing kanan kona baring. Yg pasti bungalow murah2 tapi bkn utk rakyat.

Anonymous said...

BN + PIGS
PERINTAH HABIS MELAYU ISLAM KENA JUAL

Anonymous said...

Vaku ni memang spesis volol, vangang dan vodo. Sbav tu vaku undei pas.

Anonymous said...

Tak kiralah sapa jadi pm asalkan Islam dlm PH.

Anonymous said...

Mesyuarat parti lain semua cerita pasal perjuangan utk rakyat. Mesyuarat parti pas asyik cerita pasal Pkr...

Bodo punya mesyuarat.

Anonymous said...

Aku otak sama je dgn lembu aku. Sejak bela lembu ni aku dah masuk pas. Seronok betul aku sbb undi pas sambil bela lembu.

Anonymous said...

Betul kata madey tu. Anwar kena penjara skang ni sbb seipol dan bigemon. Sila rujuk Surat khabar haprakkah keluaran 3 tahun lepas...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.