Bawa nama calon PM ke mesyuarat Pakatan Harapan
SHAH ALAM - Di sebalik sokongan penuh kepimpinan dan perwakilan PKR
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri ketujuh
bagi PRU14, situasi berbeza pula bagi pemimpin Bersatu.
Gelagat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Bersatu,
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir mencuri tumpuan ramai apabila tidak turut serta mengangkat
plakad 'Anwar PM ke-7'.
Mahathir dilihat memegang telefon pintarnya dan merakam perwakilan yang
mengangkat plakad, manakala Muhyiddin sekadar bertepuk tangan.
Mukhriz ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden berkata, nama
calon perdana menteri ke tujuh akan dibawa ke dalam perbincangan Pakatan
Harapan pada sesi akan datang.
“Tak apalah, kita bincangkan ini di (mesyuarat) Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan.
“Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon perdana menteri diumumkan
sebelum PRU,” katanya di Kongres Nasional PKR, di sini semalam.
Mengulas mengenai tindakan Muhyiddin dan Mahathir, beliau berkata,
kemungkinan kedua-dua tokoh berkenaan sibuk mengambil gambar.
“Saya rasa mereka sibuk mengambil gambar dan disebabkan itu tidak
memegang sepanduk. Tempat saya duduk juga tidak disediakan plakad
berkenaan,” katanya.
Sementara itu Mahathir ketika ditemui mengakui menyokong pembebasan Anwar yang kini dikenakan hukuman penjara.
"Bukan saya yang menyebabkan beliau dipenjara, itu cerita lama," katanya.
8 orang berkata:
Lantaklah janji PH menang. BN bawa kemusnahan.
PH menang dpt Madey...lagi byk kemusnahan. Islam xyah citer la...belum masa yg sesuai kata Anuwar. Pusing kiri pusing kanan kona baring. Yg pasti bungalow murah2 tapi bkn utk rakyat.
BN + PIGS
PERINTAH HABIS MELAYU ISLAM KENA JUAL
Vaku ni memang spesis volol, vangang dan vodo. Sbav tu vaku undei pas.
Tak kiralah sapa jadi pm asalkan Islam dlm PH.
Mesyuarat parti lain semua cerita pasal perjuangan utk rakyat. Mesyuarat parti pas asyik cerita pasal Pkr...
Bodo punya mesyuarat.
Aku otak sama je dgn lembu aku. Sejak bela lembu ni aku dah masuk pas. Seronok betul aku sbb undi pas sambil bela lembu.
Betul kata madey tu. Anwar kena penjara skang ni sbb seipol dan bigemon. Sila rujuk Surat khabar haprakkah keluaran 3 tahun lepas...
Post a Comment