WOI, MELAYU !
PUAS HATI KAMU KEPADA AGENDA PENENTANGAN RUU355 ?
AKHIRNYA AGENDA KRISTIAN TERDEDAH ?
INI SIAPA PUNYA KERJA ?
YANG MEMEGANG MARUAH AGAMA ISLAM DIDALAM NEGARA INI MAHU BISU LAGI ?
ATAU KAMU SEMEMANGNYA BERSUBAHAT ?
-Pak Karamu-
Laporan Polis Terhadap Hannah Yeoh Oleh Dr Kamarul
May 17, 2017
LAPORAN POLIS SAYA TERHADAP HANNAH YEOH
Pada 17 Mei 2017, jam 600 pagi, saya berada di rumah, membaca buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah”. Buku ini dicetak oleh Vinlin Press Sdn Bhd yang beralamat di 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Ia diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre yang beralamat di No 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Saya membeli buku ini kerana ia berada di rak terbuka sebuah gedung buku dan kerana saya tahu penulisnya ialah seorang ahli politik yang menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Pada hemat saya, disebabkan penulisnya seorang ahli politik, tentulah kandungan buku ini akan banyak menyentuh pembabitan penulisnya dalam bidang politik, iaitu bidang kajian saya.
Bagaimanapun, saya terkejut bila mendapati buku ini mengandungi terlalu banyak kisah dan petikan dari Bible, Kitab yang menjadi pegangan penganut agama Kristian. Saya berpendapat bahawa buku ini merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian.
Apa yang ditonjolkan di dalam buku ini adalah penganut agama Kristian adalah insan yang beruntung dan Tuhan agama Kristian adalah Tuhan yang kasih, baik dan adil. Diceritakan betapa Hannah Yeoh sering menerima “prophecy” (pengetahuan mengenai masa depan) tepat dari Tuhan beliau, termasuk bahawa suatu hari nanti beliau akan bekerja bersama negarawan dan pemerintah (“I would someday work among statesmen and rulers”, muka surat 109).
Diceritakan juga betapa Tuhan Hannah Yeoh sering mendatangkan keajaiban dengan memberi bantuan di dalam bentuk yang tidak disangka-sangka tatkala beliau sangat memerlukan. Ini antara lainnya terjadi di dalam kempen pilihan raya (muka surat 50-51), di dalam memenuhi hasrat hati beliau (“the desires of my heart”) dan di dalam memenuhi hasrat material beliau (“the material desires I had”), termasuklah dari segi kewangan (muka surat 108-109).
Kesemua cerita ini boleh mendorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh. Sedangkan pada masa lain beliau selitkan pula catatan mengenai ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuklah bahawa manusia adalah anak Tuhan (“His beloved Child” dan “Child of God”, muka surat 22 dan 89) dan Isa/Jesus adalah anak Tuhan dan Tuhan (“the Son of God” dan “God”, muka surat 102).
Hannah Yeoh memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian.
Ini tergambar di dalam tulisan beliau berbunyi “Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini” (“If you are not a Christian and are reading this book”, muka surat 14). Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut (“as “ambassador of God” and to make disciples of others”, muka surat 7).
Hakikat bahawa Hannah Yeoh memang memaksudkan buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian juga terbukti kerana buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, termasuklah yang beragama Islam. Ini diakui sendiri oleh Hannah Yeoh di dalam kenyataan media beliau pada 15 Mei 2017 bahawa buku ini “boleh dibeli secara atas talian di www.gerakbudaya.com atau mana-mana gedung buku utama seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times”.
Oleh itu, Hannah Yeoh mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.
Selain itu, Hannah Yeoh juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.
Ini kerana terdapat bukti bahawa tulisan dalam buku Hannah Yeoh ini mendatangkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini. Apatah lagi bila Hannah Yeoh sendiri mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau (“my political office”) untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda (“to preach at churches, to world leaders and to young people”, muka surat 108).
Begitu juga seruan Hannah Yeoh agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia (“God wants to reclaim politics and public service in Malaysia”, muka surat 110), ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam (“aims to bring Christian faith and service to the public sphere”).
Di dalam satu wawancara yang dimuatnaik oleh laman web Islamic Renaissance Front pada 7 September 2012, seorang pengkaji Evangelical Christianity di Malaysia, Dr Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pengikut besar di kalangan Kristian evangelical, dan Hannah Yeoh disebutkan sebagai satu contoh baik mengenainya, di mana kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan gereja per kapita paling banyak di Malaysia.
Saya sendiri pernah mendengar luahan kawan-kawan beragama Islam yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Hannah Yeoh ini kerana ia dikatakan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri.
Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atas beliau di bawah Enakmen dan Kanun ini dan/atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.
Sekianlah laporan saya.
49 orang berkata:
JANGAN HINA AGAMA LAIN KALAU TAK NAK UGAMA LAIN HINA AGAMA KITA. JANGAN HINA PENGIKUT AGAMA LAIN KALAU TAK NAK PENGIKUT AGAMA LAIN HINA PENGIKUT AGAMA KITA.
(YANG INI ADA DALAM QURAN DAN HADIS YER. JANGAN PULAK KATA SAYA BARUA DAP. SEBAB INI FIRMAN ALLAH DAN HADIS NABI MUHAMMAD)
وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٠٨)
108. dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan Setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(QS AL An'am:108)
(Doakan Hj Hadi cepat sembuh)
Islam melarang ummatnya mencerca,atau mencaci penyembahan orang lain. menghina adalah sifat manusia yang mengikutkan hawa nafsu. Islam melarang kita memaksa orang lain agama untuk memeluk Islam.Islam agama yang benar,kewajibaan kita hanyalah menyampaikan,ataupun memanggil manusia kejalan yang benar,bukan dengan paksaan,tapi dengan kerelaan.Sebab paksaan akan menimbulkan hal-hal yang tidak baik, dan mengakibatkan hilangnya sifat ikhlas.
Islam mengajak ummat lainnya supaya sama-sama kembali ketitik pertemuan,kalimah persamaan yaitu menyembah Tuhan yang Maha Esa dan tidak mempersekutukannya dengan apapun juga. Allah berfirman yang bermaksud:
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلا نَعْبُدَ إِلا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (٦٤)
64. Katakanlah: "Hai ahli Kitab, Marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara Kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah". jika mereka berpaling Maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa Kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".
." (Q.S.al_Imran:64)
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ (٦)
untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku." (Q.S. Al Kaafiruun: 6)
(Doakan Hj Hadi panjang umur)
JANGAN CACI MAKI ORANG LAIN DAN AGAMA LAIN JIKA KAMU BENAR2 ISLAM SEJATI YANG PATUH HUKUM ALLAH. BUKAN SERBAN DAN JUBAH SEBAGAI UKURAN KEIMANAN HAMBA ALLAH:
Allah Ta’ala sendiri yang mengaturnya sebagaima disebutkan dalam Firman-Nya yang mulia.
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Qs al-An’am [6]: 108)
Ayat ini diturunkan terkait tindakan beberapa kaum Muslimin generasi awal yang mencaci maki sesembahan orang-orang kafir Quraisy. Orang-orang kafir Qursaisy pun berkata, “Hai Muhammad, engkau hentikan makianmu terhadap sesembahan-sesembahan kami, atau kami akan mencaci maki Rabbmu!”
(Doakan Hj Hadi cepat baik dan balik)
Yb nik Nazmi masih mempertahankan yb subang jaya ni dengan mengatakan ia tiada agenda apa apa ia ker gitu ...
JANGAN HINA AGAMA LAIN SUPAYA AGAMA LAIN TAK HINA AGAMA KITA. SAPA LAWAN AYAT ALLAH MAKNANYA DIA LAWAN ALLAH:
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam pun melarang kaum Muslimin menghina sesembahan-sesembahan orang kafir, lalu Allah Ta’ala menurunkan surat al-An’am [6] ayat 108 ini.
Keterangan lainnya menyebutkan, dahulu kaum Muslimin mencaci berhala-berhala orang kafir, lantas mereka melakukan balasan dengan menghina Allah Ta’ala secara berlebihan tanpa sedikit pun bekal pengetahuan di dalam dirinya.
Ketika menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Katsir Rahimahullahu Ta’ala menjelaskan, “Allah Ta’ala melarang Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan orang-orang yang beriman untuk mencari maki sesembahan-sesembahan kaum musyrik, meski cacian itu mengandung kemaslahatan.”
Alasan pelarangnnya, masih merujuk kepada penjelasan beliau dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim, “(Karena mencaci maki sesembahan orang kafir) menimbulkan kerusakan yang lebih besar dari kemaslahatan itu sendiri.”
Hinaan dan cacian sebagian kaum Muslimin terhadap sesembahan-sesembahan kaum kafir bisa menjadi pemicu bagi orang kafir untuk menghina Allah Ta’ala, padahal Dia Mahasuci dan Mahamulia.
Satu ayat ini saja sudah menjadi bukti bahwa Islam merupakan agama yang sangat sempurna. Kita tidak diperkenankan menghina sesembahan-sesembahan orang kafir atau kepercayaan lainnya demi menjaga kemuliaan Allah Ta’ala.
Namun demikian, mereka tetap berhak mendapatkan sentuhan dakwah. Mereka harus diingatkan bahwa jalan yang ditempuh itu keliru. Mereka harus diberitahu bahwa ujung dari penyembahan kepada selain Allah Ta’ala ialah neraka yang amat berat dan mengerikan siksanya.
(Didoakan haji hadi cepat baik)
Takde ke dlm quran pasal pertahan agama sendiri? Takde ke dlm quran pasal jahat terancang agama lain terhadap Islam? Poodah
Puak2 kapir masa hina islam...bkn main senyap ustaz2 yg post komen kt sini...bila.kene balik kt dap...semua ayat dia hafal
Masa kapir hina islam mana kamu...masa kapir kata ugama lain polotik mana kamu...masa kapir kata kononnya malaysia sekular mana kamu...phuwaa bila twrbongkar...bkn main lagi flooded blog dgn ayat2 quran...pooooodah
Dah kantoi gerakan kristian...baru sibuk.ckp allah itu allah ini...sblm ni bknain baik.lagi ckp msia.sekular la...xleh campur aduk agama dan polotik la...bangang
"Takde ke dlm quran pasal pertahan agama sendiri? Takde ke dlm quran pasal jahat terancang agama lain terhadap Islam? Poodah" /Quote
Tajuknya pasal kristian.
Kita pertahankan islam tapi jangan pula dalam pertahankan islam itu kita hina agama lain.
pertahankan islam itu wajib, jihad. Hina agama lain pula dilarang Allah, haram, dosa.
Maknanya selari. Lakukanlah yang diperintahkan dan tinggalkanlah yang dilarang.
FAHAM?
TAK FAHAM BACA BALIK SURAH TU YER....
(Didoakan hj Hadi cepat baik dan balik)
Bila plak pas.hina org.kapir...Takde org islam nk hina kau org der...kau jer yg asyik hina org islam kt malaysia...skrg kantoi rupanya dap ni gerakan kristian
Baghal...bila islam kene serang diam...bila kantoi dap satu gerakan kristian...bermatian demi dap
"Dah kantoi gerakan kristian...baru sibuk.ckp allah itu allah ini...sblm ni bknain baik.lagi ckp msia.sekular la...xleh campur aduk agama dan polotik la...bangang"
Memang Allah larang kita umat Islam mengina agama orang lain, sembahan orang lain dan penganut agama lain. Nak buat macam mana sebab itu memang perintah Allah.
وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١٠٨
Itu Ayat Quran. Bukan ayat politik. Bukan ayat pas, pan , keadilan, dap, umno!!!!
Itu ayat/ firman Allah. Kalau orang islam, bila diingatkan, terimalah...... jangan bila diingatkan dengan ayat Quran pun nak keluar maki hamun jugak.....kan
(Tumbangkan Pas dan Umno dalam PRU14)
Kah kah...jgn risau la ye...allah taala dah buka.pekung dap...org islam.xde nk maki de...tp jgnla berlagak.mcm.terlbh alim plak
Udah la rba...yg pasti dap anti islam dan pro kristian
Yg pasti...dap equal.chriatian evangelist...thank u hannah...thank u
korang yg bodoh mcm taik melayan ahli politik hehe.. pas pun dulu tolak ruu kat kedah la bodoh2 oi semua.. ini dia marah pasal abg lim kawin ngan pan je la barua2 semua oi.. bukan pasal ruu.. dia sendiri pun tolak ruu dulu.. hasan ali nak hapus arak pun dia tendang.. ape la korang ni semua jadi manusia bodoh sangat hehe.. makan taik ahli politij terlebih sangat ke ape? hehehe..
Sape2 org islam yg masih terpesona dgn dap...insafla...x payah maki dap...tapi insafla...krn dap matlamatnya adalah utk menjadikan negara kita dibwh telunjuk.kristian...bukan main dia marah pas dgn usul.islamnya.tapi dlm.diam...mereka rupanya talam
Betul bang...dap sayang sgt2 islam...kah kah kah
"Baghal...bila islam kene serang diam...bila kantoi dap satu gerakan kristian...bermatian demi dap"
Nak tanya. Islam ada kena serang ker? Yang kena serang cuma RUU Hadi saja pun. Hukum RUU hadi tu tak sama dengan hukum Quran @ hudud pun. Kalau hudud kita wajib sokong 100!. Hukum manusia macam RUU Hadi tu manusia tak wajib ikut. Orang kat Mekah pun tak ikut RUU Hadi tu. Orang Islam Mekah cuma ikut Hudud dalam Quran. Anyway, kalau ko kata wajib ikut, ko ikutlah.....
Ohye....islam kena serang ker? Dengan bom? Dgn meshingun?...So ko nak serang balik? Dia serang apa sebenarnya? Kalau cuma gitu2 sikit, buatlah macam Zakir Naik. Jawab dengan otak dengan dalil....bukan dengan serangan balik. Allah larang. Faham tak maksud Allah Larang??
Ko nak lawan ayat Quran dan hadis nabi ni ker? Macam ko tukar objektif keutamaan hudud ko dgn RUU355??
Sila baca
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam pun melarang kaum Muslimin menghina sesembahan-sesembahan orang kafir, lalu Allah Ta’ala menurunkan surat al-An’am [6] ayat 108 ini.
Keterangan lainnya menyebutkan, dahulu kaum Muslimin mencaci berhala-berhala orang kafir, lantas mereka melakukan balasan dengan menghina Allah Ta’ala secara berlebihan tanpa sedikit pun bekal pengetahuan di dalam dirinya.
Ketika menafsirkan ayat ini, Imam Ibnu Katsir Rahimahullahu Ta’ala menjelaskan, “Allah Ta’ala melarang Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa sallam dan orang-orang yang beriman untuk mencari maki sesembahan-sesembahan kaum musyrik, meski cacian itu mengandung kemaslahatan.”
Alasan pelarangnnya, masih merujuk kepada penjelasan beliau dalam Tafsir al-Qur’an al-‘Azhim, “(Karena mencaci maki sesembahan orang kafir) menimbulkan kerusakan yang lebih besar dari kemaslahatan itu sendiri.”
Hinaan dan cacian sebagian kaum Muslimin terhadap sesembahan-sesembahan kaum kafir bisa menjadi pemicu bagi orang kafir untuk menghina Allah Ta’ala, padahal Dia Mahasuci dan Mahamulia.
Satu ayat ini saja sudah menjadi bukti bahwa Islam merupakan agama yang sangat sempurna. Kita tidak diperkenankan menghina sesembahan-sesembahan orang kafir atau kepercayaan lainnya demi menjaga kemuliaan Allah Ta’ala.
ADAPUN MEMPERTAHANKAN ISLAM ADALAH WAJIB DAH JIHAD.
Tapi biarlah dengan jalan yang betul. Bukan dengan jalan menentang ayat Allah atau bersikap seperti IS, Daeis atau syiah....
(Doakan Pas dan Umno kalah PRU14)
Another stupid damage control by rba
Bantai kau la rba...yg pasti umat islam dah kenal.topeng dap...dah la...bagi pipi kiri u i nk lempang sekali lagi
Nama Allah dap nk komersilkan
Melayu nk kapir dap.nk mudahkan
Nak azan dap nk perlahankan
Fatwa dap nk tapiskan
Melayu nk khalwat dap nk biarkan
Thank u hannah...thank u
Sudah terang lagi bsuluh...
9.00...
Dlm Quran ada jihad utk Islam. Kita tak nafi. Kita wajib laksanakan. It satu hal.
Tapi dlm Kita berjihad pertahankan Islam, jgn pula Kita Hina agama dan penganut lain.
Yg ptg Kita usaha, istiqamah sedarkan org islam dgn car berhemah
Ahli pas ni susah betul. Kalu bagi ayat Quran yg tak kena dengan hati/ niat mereka, mulut terus maki hamun. Ayat Quran pun nak maki hamun....
MCA, MIC dan Gerakan pun sayang sangat kat Islam
Jangan kacau k MCA, MIC dan Gerakkan kawan kita. Mereka sayang Umno. Mereka sayang Islam.
Mereka baik sangat.
Luv U MCA
Luv U MIC
9.02 pm.
Yang ko tak suka ayat Quran ni apa hal? Ko ni pas ke dap ni tak suka ayat al-an'am ayat 108 tu..?
Dari dulu lg cara politik kuno Umno dan Pas tak berubah. Macai Umno api2kan psl perkauman. Walaon Pas guna sentimen agama utk menghasut org Melayu. Kesiannya..dah tak laku.
Knapa org pas mcm tak suka and marah2 kalu org bagi surah al-an'am ayat 108? Buka kan itu larangan Allah kepada hambanyq?
9.13...
Bukan terlebih alim. Takkan ingat mengingatkan tentang larangan Allah pun salah. Kena sindir...
Sorilah....SEDARA mungkin ahli pas kelulusan PhD dari mansoura kot... Tak pun PhD dari uni madinah
Gambar muke mamat tu nampak mcm muka org2 yg berimanlah.
2x5 barua semua parti x kira parti hehe
khalifah umar abd aziz pas tu hehe.. pas masih mengharap cintanya tu, tu yg pas acah2 wat mcm2 lagu.. lagu ruu la, lagu agama la..lagu tu utk dapat tindak balas cinta dap balik la, bukan pasal apa2 pun hehe.. x caya tanya hasan ali hahahaha
Semua nya bagi komen ni tentu belum baca buku Hannah Yeoh ni . Tapi bila bagi komen macam dah khatam . Minah ni tulis buku tentang dia , sebab dia ni kristian so dia cite lah kebaikkan agama dia yg mrndorong dia membuat apa2 leputusan . Apa masalah nya ? Ada ayat dalam buku dia tu . Tuhan melihat kalau saya korup . Malu lah sket . Kita yg mengaku islam ni dok ikut bontot si korup
aku rasa ko x sengaja memperbodohkan diri ko.. ko xda niat nak jadi bodoh.. x sengaja jadi bodoh je hehehe.. manada parti politik yg x korup barua oi? ini fakta tau.. xda 1 parti politik pun yg x korup.., semua korup, semua 2x5 barua.. sian ko.. jgn la disebabkan taksub politik menjadikan diri ko bodoh..
Elehhhh...orang arab yg bagi derma 2.6 bilion tu pun tak sokong ruu355 Hadi la hoiii
Usul apa? Ruu 355 hadi ker?
Elehhh..Zakir naik pun tak sokong ruu hadi tu
Anon 2.15..ko dah baca buku hannah tu ke?
Cakap mcm2. Mcm dah baca
ko baca 10x pun memang semua parti korup.. hehehe
kalu dh karat hijau....hijau jugak
Kan dah terburai perancangan jahat puak PH@DAP....lahanat pd manusia yg masih lagi sokong dan undi PH terutama DAP...nak tau gak apa komen Kholid Semak?
pas pun bukan suka kat org 2.6 bilion tu.. pas tumpang kasih je.. esok kalo ada jodoh balik ngan bekas suami dia abg lim.. insyaAllah dia tggl org 2.6 bilion tu hidup2 hehe.. dia tggu abg lim respon je tu.. mcm2 dah dia acah2 tu.. putus ngan pkr la, ruu la.. kadang kembang gak tekak tengok hehe
Memang betul dalam surah alan'am ayat 108 dilarang memaki agama lain tapi cuba perhatikan maksud surah AlBaqarah ayat 120 orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kpd kamu hingga kamu mengikut agama mereka katakanlah petunjuk Allah (yang benar itu) dan jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepada kamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi kamu . Juga perhatikan maksud hadis yg diriwayatkan oleh Abu Said AlKhudri yg bermaksud Rasulullulah saw bersabda sesungguhnya kamu akan mengikuti sunnah org org sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga walaupun mereka masuk kedalam lobang biawak maka kamu akan mengikuti mereka .Kami bertanya wahai rasulullah org org yahudi dan org org nasrani beliau menjawab siapa lagi kalau bukan mereka. Marilah kita berdoa supaya Allah swt menguatkan iman kita dan dilindungi drp perencanaan puak puak ni ....
Bukan menghina agama lain tapi berhati hati dgn mereka cuba rujuk surah Al Baqarah ayat 120 dan maksud hadis oleh riwayat Abu Said Al Qudri sahih bohari dan muslim yg umat islam akan ikut jejak langkah yahudi dan nasrani sedikit demi sedikit ....
Menatang babi utk penyokong DAP dan PH...lahanat kat korang
Lauanat sama pas la bro. Pas pusing2 Allah bagi pas PIGS.PIGS bro..
Berapa org yg murtad kerana buku tu
Berapa org yg baca buku tu...melayu kn malas membaca.. buku agama sendiri pun xbaca....apa lg buku english tu.
Hanna dok cita kepercayaan dia. Bukan dia pksa korang murtad
Jgn takutla.. melayu malas mmbaca.. yg baca pun org yg akademik dn berilmu.. org bijak pandai
Yg masuk syiah lbh ramai.. tu lg teruk dr kristian... kristian xmengutuk sahabat2 rdh mcm syiah.
Cuba tnya org kristian dlm bn tkde tulis buku agama mereka ke..
Klu nk murtad pun sebb kesempitan hidup kristian bg bantuan sedangkn org islam biarkn saudara2 sendiri.
Nk minta zakat pun punya susah...bila kristian tolong dia murtad la... bukan sebb baca buku kristian
Melayu malas membaca jgn risaula
Post a Comment