EZAM KENA FAHAM TENTANG DASAR YANG DIBAWA OLEH PAS, EZAM TAK BOLEH SAMAKAN KEPALANYA
DENGAN DASAR YANG DIBAWA OLEH PAS HINGGA
TERPUTUSNYA TAHALUF SIYASI DENGAN PKR
EZAM TIDAK BOLEH SAMA SEKALI BERPANDANGAN
MENGIKUT KEPALA DIA TENTANG MASALAH RAKYAT DAN RASUAH, KERANA PERATURAN TAHALUF SIYASI
ADALAH MENGATASI MASALAH APA YANG EZAM MUSKILKAN.
SEBAB ITU SEBAGAI ORANG ISLAM KITA WAJIB TAHU BATAS-BATAS AGAMA DARI BATAS-BATAS SOSIAL
KERANA ITU JIKA KITA BEGITU YAKIN BAHAWA
ADA SATU CARA YANG LEBIH SEMPURNA DARI KESEMPURNAAN YANG DIBAWA OLEH ISLAM
MAKA SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH MENJADI KAFIR, SEKALIPUN MEREKA ITU TERUS BERIBADAT KEPADA TUHAN
-Pak Karamu-
Keputusan Pas adalah langkah ke belakang
SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas yang sepakat untuk memutuskan
tahaluf siyasi dengan PKR adalah merupakan satu langkah kebelakang dari
sudut perjuangan besar bagi melawan kerajaan yang mengamalkan rasuah.
Bekas Senator, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor berkata, sekiranya maslahah
rakyat adalah merupakan asas keputusan Pas maka persoalan rasuah
seharusnya menjadi pertimbangan utama parti Islam itu kerana ia memberi
kesan paling besar kepada masyarakat.
“Keperitan rakyat hari ini jelas kerana pentadbiran Putrajaya dipalit
skandal kewangan terbesar yang di sebut secara rasmi dan terbuka di
seluruh dunia sebagai kleptokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Khamis lalu, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad
Zawawi Salleh memaklumkan bahawa terdapat banyak pelanggaran terhadap
syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan
akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan tersebut.
Sehubungan itu, Ezam turut mempersolkan sama ada Pas melihat semua
institusi Melayu seperti Tabung Haji (TH), Felda,dan Majlis Amanah
Rakyat (Mara) yang rosak.
“Demi maslahah rakyat marilah bersama jatuhkan dan ganti kerajaan yang paling rasuah ini.
“Janganlah memberi ruang kepada mereka untuk terus berkuasa dan terus
mencuri hak rakyat secara besar-besaran dan terang-terangan ini,”
katanya.
Dalam pada itu, Ezam berkata pihaknya percaya masih belum terlambat
buat Pas untuk memperbetulkan keputusan mereka dan meletakkan keutamaan
dalam pertimbangan politik pada hari ini.
Tambah beliau, ramai dikalangan pendokong Pas masih mahu bersama satu
pasukan untuk melawan rejim rasuah dan membina kerajaan baharu.
“Jangan terperangkap dengan agenda perasuah yang mahu terus kekal berkuasa dan terus melakukan budaya tersebut,”katanya.
3 orang berkata:
Islam Pakkaram ialah bersubahat mengiklankan ramalam no.Togel...tulah Islam yg sebenarnya untuk ahli2 parti Pakkaram.
kesian pentaksub pas.. dia pun sebahgian sekular dia x tau.. sistem demokrasi tu 1 dunia tau sistem tu sekular hehe.. dia pun terjun duk dalam tu register parti dia jual agama kat situ hehe
Tidak ada lagi tahaluf siasi. Sekarang sudah tukar fulus siasi.
Fulusikom 3x
Post a Comment