Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PH KUDA DAP

Ahli Pas tak perlu layan dakwaan musuh
Idris Ahmad
Idris Ahmad
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad meminta pengikut Pas untuk sentiasa sabar dan beristiqamah dalam perjuangan parti.

Menurut Idris, penyokong Pas tidak perlu melayan segala tohmahan dan dakwaan yang dilemparkan oleh mereka yang bermusuh dengan parti.

“Pesan saya kepada pengikut Pas sabar sahajalah. Kita tengok siapa yang akan seberang masuk BN dan melutut kepada Umno selepas kalah PRU14.

“Kita kenal siapa mereka. Apabila BN tabur dedak tahulah kita siapa yang akan terkam ke sana,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jelas Idris lagi, beliau sebenarnya sudah terbiasa dengan persepsi politik palsu dan lapuk yang dimainkan oleh musuh Pas.

“Buat tuduhan dulu, kemudian minta maaf. Bom dulu berita, kemudian minta maaf. Apa yang penting bentuk dulu persepsi buruk untuk mencapai matlamat politik.

“Dosa dan pahala ketepikan dahulu.  Inilah yang cuba dibuat kepada Pas untuk mematikan perjuangan kami,” katanya.

Beliau berkata, semua tanggapan terhadap Pas silap kerana sudah 66 tahun Pas lawan BN.

“Mereka silap, Pas sudah 66 tahun melawan Umno  Perikatan, kemudian BN. 13 kali PRU di negara ini, cuma sekali sahaja Pas tidak lawan Umno, iaitu pada tahun 1974.

“Sekarang pemimpin Pakatan menuduh Pas hendak bersama BN di dalam PRU14. Inilah modal lapuk. Apabila mereka berceramah sahaja. Selepas Assalamualaikum," Pas hendak masuk umno".  inilah tag line yang paling popular,” katanya lagi.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Assalam tuan.
Saya bekas ahli pas pasir putih, kelantan ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh ahli pas. Semuga amalan kita diterima Allah. Janganlah sebar fitnah dan bergaduh dalam bulan yg mulia ini apatah lagi memaki hamun dan kafir mengkafir lagi. Jangan lupa, marilah kita berubah dengan mengundi PH di kelantan pada pru14 akan datang. Insyaallah, takbir.

Anonymous said...

Klu idris tak percaya, suruh idris tanya pd nik abduh dan hadi. Betul ker tak ada usaha kerjasama umno dgn pas?? Elehhhh..tak kan idris tak hidu hancing kena kencing??

Lan said...

66 tahun PAS lawan UMNO , kenapa & mengapa waktu UMNO dah lemah PAS bagi tongkat pada UMNO . Nak lawan , lawan lah betul2 . Kami Rakyat undi PAS dulu utk lawan UMNO/BN bukan utk lawan DAP/PKR . Rakyat undi kamu utk lawan bukan utk kawan . Bagaimana kami x kata kamu ber kawan , Najib bentang bajet , MP Pembangkang lain bantah tapi kamu semua MP PAS berkecuali , apa jadah nya ?

Anonymous said...

Umno dan kini ahli baru pas menjadi hamba@ kuda 3 parti besar kapir;
1) Hamba kepada MCA
2) Budak suruhan GERAKAN
3) Kuda MIC

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5340] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.


Anonymous said...

Pak karamu... Itu gambar keldai tuan presdeng kan??



Patut nmpk bodo

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.