Abdul Hadi selamat jalani pembedahan jantung
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat
menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN),
hari ini.
Satu kenyataan oleh Institut Jantung Negara, mengesahkan perkara tersebut.
"Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap
jantung yang bocor.
Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian
beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut
dilakukan.
"Pada masa ini, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan
beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada
rutin bagi pembedahan jantung," katanya menerusi kenyataan tersebut.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas Hadi Awang berikutan
beliau menjalani rawatan berhubung masalah jantung yang dihadapi beliau.
Sementara itu, para doktor berasa gembira dengan prosedur yang
berlangsung mengikut jangkaan dan setakat ini menunjukkan bahawa Abdul
Hadi dalam keadaan stabil.
"48 jam akan datang adalah tempoh yang penting selepas pembedahan dan
beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan
jururawat di unit rawatan rapi.
"Doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat," katanya lagi.
7 orang berkata:
Eeeeeeeeeeeee besornya keldai tuuuu
Planet yg paling kecil di cakerawala ialah Pluto. Saiznya cuma sebesar karipap
Blog ni org PAS pun tak baca
Blog ni sama macam harakah...ahlinya sudah kurang minat.
Ahlinya ada...cuma tak suka ckp merapu..kami dgr dan kami patuh
Lebih baik tumpu kpd pru14...kemas kini bilik gerakan..bendera...strategi...dr dok sembang bgegar2...
Kami dgr dan kami patuh...
Kalau baca akhbar amanah lebih ngata pas drp umnu bn seranglah pas lagi dan tunggu pru 14 tengok siapa dpt no 1, no 2 dan no 3 macam periksa kat sekolah dpt no 2 pun tak guna he he ....
Post a Comment