Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PAYAH ULAS, PAN TAK DE KENA MENGENA DENGAN PAS, MENYEBUK JE

 TAK MALU !
TAK DE KERJA LAIN KE ?
ASYEK MENJOLOK JE,
NAK JAWATAN LA TUH !

MABUK JAWATAN,
HAMPEH  BETUL LA PAN NI ! 

HA, HA , HA



-Pak Karamu-



Amanah hormat keputusan putus tahaluf siyasi
Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara
SHAH ALAM - Amanah Selangor menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, semalam.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, meskipun bersama dengan Pakatan Harapan, pihaknya tidak akan mencampuri sebarang keputusan yang dibuat antara Pas dengan PKR.

Menurutnya, itu adalah pilihan yang dibuat berdasarkan kehendak ahli-ahli parti tersebut.

"Keputusan tersebut tiada kena mengena dengan Amanah. Amanah Selangor ingin menegaskan kewajaran mana-mana parti politik yang bermaruah supaya mengambil langkah-langkah yang betul apabila telah memutuskan hubungan dengan semua parti komponen Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Majlis Syura Ulamak Pas semalam memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan ini.


Menurutnya lagi, semua pihak perlu sedar yang kepentingan bersama dalam Pakatan Harapan mengatasi kepentingan mana-mana parti komponen di dalamnya.

"Pimpinan Pakatan Harapan wajar membuat kata putus secara konsensus dalam isu ini. Kami  menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat keputusan dan tindakan berhubung kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor setelah mereka mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan semua parti komponen Pakatan Harapan dan bertindak keluar dari Blok Pembangkang.

"Amanah Selangor ingin menyeru kepada semua pihak supaya terus berusaha memperkukuhkan Pakatan Harapan bagi memastikan bukan sahaja Selangor dapat dipertahankan tetapi juga mengambil alih Putrajaya daripada BN di dalam PRU akan datang. Rakyat Selangor pastinya akan menilai secara objektif perkembangan ini dan membuat keputusan yang wajar menjelang PRU14 nanti," katanya lagi.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Janda PH mulutnya busuk.
Tiada siapa nak.... kesian

Anonymous said...

Miss Piggy PIGS

Anonymous said...

Uuwekkksssss. Busuknya

Anonymous said...

Parti lebai dan walaonnya suka cari gaduh buat tambah musuh.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.