TAK MALU !
TAK DE KERJA LAIN KE ?
ASYEK MENJOLOK JE,
NAK JAWATAN LA TUH !
MABUK JAWATAN,
HAMPEH BETUL LA PAN NI !
HA, HA , HA
-Pak Karamu-
Amanah hormat keputusan putus tahaluf siyasi
TAK DE KERJA LAIN KE ?
ASYEK MENJOLOK JE,
NAK JAWATAN LA TUH !
MABUK JAWATAN,
HAMPEH BETUL LA PAN NI !
HA, HA , HA
-Pak Karamu-
Amanah hormat keputusan putus tahaluf siyasi
SHAH ALAM - Amanah Selangor menghormati keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR, semalam.
Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, meskipun bersama
dengan Pakatan Harapan, pihaknya tidak akan mencampuri sebarang
keputusan yang dibuat antara Pas dengan PKR.
Menurutnya, itu adalah pilihan yang dibuat berdasarkan kehendak ahli-ahli parti tersebut.
"Keputusan tersebut tiada kena mengena dengan Amanah. Amanah Selangor
ingin menegaskan kewajaran mana-mana parti politik yang bermaruah supaya
mengambil langkah-langkah yang betul apabila telah memutuskan hubungan
dengan semua parti komponen Pakatan Harapan yang menjadi kerajaan
negeri," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Majlis Syura Ulamak Pas semalam memutuskan untuk membatalkan hubungan politik tahaluf siyasi parti itu dengan PKR.
Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, terdapat
banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut
pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada
pembatalan ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sebab Pas batal tahaluf siyasi dengan PKR]
Menurutnya lagi, semua pihak perlu sedar yang kepentingan bersama dalam
Pakatan Harapan mengatasi kepentingan mana-mana parti komponen di
dalamnya.
"Pimpinan Pakatan Harapan wajar membuat kata putus secara konsensus
dalam isu ini. Kami menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pimpinan
Amanah Nasional dan Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat
keputusan dan tindakan berhubung kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor
setelah mereka mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan semua
parti komponen Pakatan Harapan dan bertindak keluar dari Blok
Pembangkang.
"Amanah Selangor ingin menyeru kepada semua pihak supaya terus berusaha
memperkukuhkan Pakatan Harapan bagi memastikan bukan sahaja Selangor
dapat dipertahankan tetapi juga mengambil alih Putrajaya daripada BN di
dalam PRU akan datang. Rakyat Selangor pastinya akan menilai secara
objektif perkembangan ini dan membuat keputusan yang wajar menjelang
PRU14 nanti," katanya lagi.
4 orang berkata:
Janda PH mulutnya busuk.
Tiada siapa nak.... kesian
Miss Piggy PIGS
Uuwekkksssss. Busuknya
Parti lebai dan walaonnya suka cari gaduh buat tambah musuh.
Post a Comment