BN rangka strategi hadapi situasi politik baharu
PUTRAJAYA - BN akan merangka strategi baharu dan menstruktur semula
organisasi jentera bagi menghadapi situasi baharu berikutan pembatalan
kerjasama politik atau tahaluf siyasi Pas dan PKR, kata Timbalan
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid selaku naib presiden Umno yang menjalankan tugas sebagai
timbalan presiden parti itu mengakui bahawa senario politik baharu itu
akan memberi cabaran baharu kepada BN dan Umno khususnya menjelang
PRU14.
"Realiti politik harus diserapkan oleh Umno dan BN untuk melihat
kaedah-kaedah terbaik dalam menangani isu ini. Tentunya kita harus
menstruktur semula organisasi jentera Umno dan BN dalam menghadapi
situasi baharu ini.
"Dulu, di kebanyakan kerusi Dun dan Parlimen atas kesepakatan mereka
(Pas dan PKR), mungkin kita menghadapi pertandingan dua penjuru. Dengan
situasi baharu ini, kita berkemungkinan menghadapi pertandingan tiga
penjuru.
"Cabaran tiga penjuru adalah berbeza. Kita harus memikirkan dalam
jangka sederhana dan panjang bahawa ia adalah satu cabaran yang harus
kita hadapi. Biarpun "the more the merrier' (lagi ramai lebih meriah),
kita harus merangka strategi untuk menghadapi strategi yang disusun
mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sebelum itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Dalam Negeri menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Pertubuhan
Antarabangsa mengenai Migrasi (IOM) William Lacy Swing di Bangunan
Perdana Putra.
Semalam, Majlis Syura Ulama Pas sebulat suara mengambil keputusan untuk
menamatkan hubungan kerjasama politik dengan PKR secara serta-merta.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik
Salleh berkata keputusan itu dibuat merujuk kepada tindakan PKR
melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara Pas dan PKR yang
terjalin sejak pilihan raya umum ke-11.
Antara pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi itu adalah
tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas
seperti usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).
Selain itu, PKR juga mengkhianati hubungan politik dengan Pas antaranya
mengadakan kerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan
Kelantan dan menentang Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai
Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak, tahun lepas.
Ahmad Zahid berkata kerjasama politik yang terbatal itu jelas
menunjukkan Pas mahu menjadi sebuah parti politik yang mempunyai
identiti tersendiri dan yakin ia boleh bersendirian menghadapi PRU14
akan datang.
Mengenai amanat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada
perhimpunan Ulang Tahun Ke-71 Umno malam tadi, beliau berkata amanat
oleh perdana menteri itu menunjukkan keikhlasan parti tunjang BN itu
untuk menterjemahkan keperluan dan citarasa rakyat keseluruhannya. -
Bernama
13 orang berkata:
Tiga penjuru pas yg cipta. No problem. Amat dialu2kan. Kita serang kelantan 200%. Kita meraikan tukun tiruan di kelantan.
Camner ko nak bayor Q7 velfire BMW range Rover tu bhaii? Baik2 bank tarik bhaii. Camner nok bayor banglo? Bini 3 camner nook suap?
Adoiiiiiiiiii...
Tak mungkin dan mustahil pas boleh menang dgn tiga penjuru. Nasib Tak baik, drp 222 calon, semua hilang Wang pertaruhan....
Arwah tgna yg naikkan pas. Tghh yg hancurkan pas.
Zaman nabi dulu kalu perang semua nak menang. Guna mcm2 strategi. Zaman sekarang orang yg mengaku lobai, bertanding bukan nak menang sangat. Skrg bertanding nak bagi pecah undi pembangkang. Strategi bukan utk menang tapi strategi utk kalah. Strategi utk menangkan amno. Senyum je bakal MB Husam
Amat yakob dah tak bole tido malam. Husam dah bole kemas kain baju senang nak pindah rumah rasmi mb lepas pru14
Kesian Nik Amar tak dan nok jadi mentri besar
Bestlah pas ni. Nak bagi kelantan Kat Husam.
Parti yg tiada maruah memperdagangkan agama utk kuasa dan Wang. Kemana2 pergi pun asyik bergaduh shj krn anggap diri sdiri saja yg islam. Org lain smua kafir. Org Selangor undi pakatan...bkn undi utk Parti Sesat. Sila berambus dr Selangor.
Zaid pun dah jelaskan dlm artikel ini bahawa mereka tidak berkawan dengan pas.
Maknanya BN (Umno + MCA + MIC) lawan PIGS (Pas + Ikatan + Gagasan Sejahtera)
lawan PH (Pkr + Bersatu + Amanah + Dap)
* Si janda PH gagal cuba mengatal dgn umno nya *
Semua orang geli kat si janda ni mungkin sebab mulutnya busuk x?
Parti lebai kera sumbang.
Nak serang kelantan 200% kunon,,,ahli tak sampai 1600 orang!! Parti ternakan dap tak sedar diri. Hampa tiada nilai langsung kpd pkr dan dap. Azmin sendiri tak kebulur dgn hampa tu...kah kah kah...
Kelantan? Rizab pun dah abis. Pas teruk bila bab memerintah. Lebih2 lagi bila ramai profesional dah keluar.
PRU 14 Pas tumbang di Kelantan. Amiin
Post a Comment