Hanya sultan boleh arah exco letak jawatan
KUALA LUMPUR - Exco-exco Pas di Selangor akan kekal memegang jawatan
mereka selagi mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana hanya
Sultan Selangor boleh mengarahkan mana-mana exco meletakkan jawatan.
"Kita bergantung kepada undang-undang dan perlembagaan. Dalam
Perlembagaan Selangor jelas dinyatakan bahawa seseorang exco memegang
jawatan atas perkenan Sultan Selangor.
"Bermakna selagi sultan perkenankan exco Pas ini pegang jawatan, kita
kekal di situ. Hanya Tuanku Sultan boleh arahkan exco letak jawatan atau
dipecat walaupun ia atas cadangan menteri besar," katanya dalam sidang
media, di sini, hari ini.
Sebelum ini, tersebar khabar angin bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk
Seri Mohamed Azmin Ali mengarahkan tiga exco Pas meletakkan jawatan.
Namun, perkara itu dinafikan ketiga-tiga exco berkenaan iaitu Datuk
Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.
Sementara itu,Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam
sidang media sama mengesahkan parti tidak menerima sebarang makluman
rasmi mengenai arahan agar exco-exco Pas meletak jawatan.
"Kita telah adakan pertemuan dengan tiga exco Pas selepas mereka
berjumpa dengan Menteri Besar. Dalam pertemuan tersebut, kita tidak
dimaklumkan bahawa Menteri Besar ada beri arahan.
"Jadi, secara rasmi kita tidak ada menerima arahan atau dokumen, maka kita kekalkan agenda," katanya.
Menurut beliau, Pas hanya akan membincangkan isu peletakan jawatan jika ada permintaan.
Dalam pada itu, katanya, suasana pentadbiran Selangor berjalan dengan baik ketika ini dan tidak perlu diganggu.
"Exco kita cemerlang dan rakyat melihat suasana keharmonian ini tidak
perlu diganggu. Selagi kita boleh jalan, kita teruskan kecuali ada
keputusan baru dibuat oleh pihak lain.
"Ini ialah mandat yang diterima kita. Menteri Besar Selangor juga
pernah cakap mandat ini sehingga PRU14, jadi kita teruskan mandat itu,"
katanya.
6 orang berkata:
Parti Angkatan Shia marah bila diganggu..
TERNAKAN DAP TUKANG SIBUK. KAH3
Macam orang gila talak . Rakyat bagi mandat jadi Adun aje bukan exco . Sultan ni perkenan bukan melantik . Pusing lah sebab nak selamatkan pulus . Islam perisai . DAYUS
MB senyao je. tapi TERNAKAN DAP yang meroyan . kah3
Parti Ajaran Shia
Parti Ajaran Syaitan takde maruah.
Post a Comment