MAHADHIR TAHU ? MUHYIDDIN TAHU ?
DAN RAMAI LAGI YANG TAHU ?
TAPI YANG MEREKA TAHU ITU
DIBAWAH AKTA RAHSIA RASMI !!!
MENGIKUT AKTA INI BOLEH ATAU TIDAK
RAKYAT MENGETAHUINYA ?
KALAU BOLEH SEBARKANLAH JIKA BERANI !
JIKA TIDAK BERANI MENGAPA BISING ?
RAHSIA DIBAWAH AKTA INI SEDANG BERGEGAR,
DI PARLIMEN JUGA LEBIH 30 SOALAN DIBUAT
TAPI SPEAKER TAK LAYAN !
SEBAB ?
DIBAWAH AKTA RAHSIA
JIKA DEMIKIAN AHLI PARLIMEN YANG BERTANYAKAN SOALAN TERSEBUT BEBAL DAN BODOH ? BUANG MASA ?
ATAU
MEMANG BANGANG !!!
SOALNYA SEKARANG APA ?
KALAU YANG BISING DI LUAR PARLIMEN.
KALAU YANG BISING DI DALAM PARLIMEN.
TIDAK MEMBERI KESAN, APA YANG MEREKA
PERLU LAKUKAN ?
RAKYAT HENDAK TAHU APA KANDUNGAN
LAPORAN !
ADAKAH YANG BISING-BISING ITU BOLEH ATAU BERANI
BOGELKAN BERITA TERSEBUT ?
KALAU BERANI RAKYAT AKAN SOKONG.
KALAU TAK BERANI RAKYAT TAK MAHU SOKONG !
BUAT APA BERWAKILKAN ORANG PENAKUT DAN BEBAL ?
-Pak Karamu-
Tun M tahu kandungan laporan 1MDB
SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa
beliau mengetahui isi kandungan laporan yang dibuat oleh Bank Negara,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Ketua Audit Negara berhubung
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, pihaknya tahu mengenai isi kandungan laporan Bank
Negara selepas bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang masih
berkhidmat pada waktu itu menunjukkan laporan berkenaan kepada bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ada komen bahawa saya tahu isi kandungan laporan oleh Bank Negara,
SPRM dan Ketua Audit Negara kepada Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.
Ya. Saya tahu. Saya memang tahu,” katanya di blog Chedet.cc, semalam.
Malah, Mahathir memaklumkan Muhyiddin juga sering kali membangkitkan
mengenai laporan ditunjukkan kepadanya oleh Gani Patail sebelum beliau
dipecat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, Mahathir menjelaskan bahawa dalam kepimpinan Bersatu,
beliau dan pemimpin lain telah membincangkan mengenai laporan
dibangkitkan tersebut.
“Sebab itu saya tahu malah saya juga tidak akan cabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan.
“Saya tahu Apandi bohong, sebab itu beliau letak laporan itu di bawah
Akta Rahsia Rasmi (OSA). Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Jika berani
bersumpahlah,” katanya.
Sebelum ini, Mahathir memaklumkan bahawa sekiranya Pakatan Harapan
berjaya mengalahkan BN dalam PRU14 akan datang, pihaknya akan memanggil
Apandi untuk bertanyakan mengenai penggunaan OSA bagi menutup bukti
penyelewengan 1MDB.
Namun begitu, Apandi menegaskan beliau tidak menyembunyikan sebarang bukti salah laku atau jenayah membabitkan 1MDB.
Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan, sejumlah wang tidak boleh
dipindahkan secara sesuka hati tanpa sebarang dokumen atau surat
menyurat.
Katanya, wang dengan jumlah besar juga tidak boleh disimpan sebagai wang tunai dan perlu diletakkan di dalam bank.
“Jika melalui bank, bank juga akan masuk dalam buku akaunnya semua
butir-butir berkenaan tuan punya, jumlah, mata wang, hari bulan, cek,
bahkan kedudukan kewangan dan punca kekayaan orang yang menderma, atau
membayar, atau membeli.
“Juga akan disebut nama penerima, hari bulan, dan segala transaksi yang
melibat wang berkenaan. Tidak mungkin wang tunai sebanyak itu diguna,”
katanya.
2 orang berkata:
KALAU KAT PARLIMEN JADI MP PASU BUNGA MACAM MANA???? HALAL KE SEMUA ELAUN YANG DI TERIMA??? KALAU DEDAK DAH TENTU HARAM
Duit saham kohilal aku mana? Ko nak bawak masuk kubor ke? Babi betul ko ni
Post a Comment