‘RoS tidak maklum apa salah kami?’
SHAH ALAM - Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak pernah memaklumkan
apakah kesalahan yang dilakukan DAP sehingga mengarahkan parti itu
mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, meskipun persoalan itu
pernah dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, namun
jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri menghampakan.
"Kami tidak pernah diberitahu apa kesalahan, atau mungkin telah
mengingkari mana-mana arahan dalam proses pemilihan semula pada 2013.
Walaupun persoalan itu berulang kali dibangkitkan di Parlimen, jawapan
daripada Menteri Dalam Negeri adalah 'ROS masih menyiasat'," katanya
dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, kini selepas hampir empat tahun pemilihan semula yang
dibuat berdasarkan syarat 2012, ROS sekali lagi mengulangi arahan
meminta DAP mengadakan pemilihan semula.
Katanya, DAP sentiasa bekerjasama dengan ROS ketika diarahkan membuat pemilihan semula pada 2013.
"Pada 30 Julai 2013, ROS arahkan kami adakan pemilihan semula CEC,
justeru pada 29 September 2013, kami akur dan mengadakan kongres khas.
"Pemilihan itu disertai 2,576 perwakilan dan ia adalah perwakilan yang sama ketika membuat pemilihan pada 2012," katanya.
Menurutnya, DAP menggunakan senarai perwakilan yang sama dalam pemilihan 2013 kerana mengikut arahan yang dikeluarkan ROS.
"ROS mengarahkan pemilihan semula pada 2013 berdasarkan pada senarai
pemilihan yang diadakan pada 15 Disember 2012 iaitu melibatkan 2,576
perwakilan berkelayakan. Kami dah ikut arahan tersebut.
"Di sinilah timbul persoalan, hanya ROS yang mempunyai jawapan, atas
sebab itulah kami ingin bertemu mereka sebaik sahaja menerima surat
rasmi," katanya.
Katanya, sehingga hari ini, (semalam), DAP masih belum menerima surat
rasmi daripada ROS mengenai arahan untuk mengadakan semula pemilihan
CEC.
Jumaat lalu, ROS mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan CEC baharu, dengan mendakwa pemilihan semula pada 2013 tidak sah.
Pada 2013, DAP telah mengadakan pemilihan semula selepas senarai nama
perwakilan yang berhak hadir dan mengundi dikatakan mempengaruhi
pemilihan bertarikh 15 Disember 2012.
Hasil pemilihan semula itu kemudiannya dibentangkan kepada ROS pada 8
November 2013 selaras dengan peruntukan perlembagaan parti dan Akta
Pertubuhan 1966.
Bagaimanapun, ROS tidak mengiktirafnya lalu, pada 22 Januari 2014 DAP
memfailkan semakan kehakiman terhadap ROS. Tuntutan itu bagaimanapun
digugurkan.
6 orang berkata:
2 2 barua sama mcm ko gak.. kekeke
Sama mcm mak ko jugak. Barua abg lim
Mak ko 228 barua gundik bang ketum parti kaki bontot..tadah lobang kunyit je kekeke
Lebai ahli pigs naik unta. Bodo mcm keldai nak jadi pm kot?
Jgn mimpi la dol
Mungkin mak ko tgh sebok sujud kat depan bang lim. Kekekeke
salah tu,mabe mak ko tgh sujud kat taik bang ketum parti kaki bontot kot kekekeke
Post a Comment