DALAM PAKATAN HARAPAN MANA ADA POINT OF ORDER !
SEBAB ITU PROSES PERLANTIKAN BERJALAN TERUS.
TAK MAIN LA POINT OF ORDER !
DAN TINDAKAN KHAIRY JAMALUDDIN DAN ANIPAH AMAN TAK KELUAR DEWAN MENUNJUKKAN DALAM UMNO MASIH ADA DURI DALAM DAGINGNYA,
SEMENTARA ITU:
Keluar dewan hanya sandiwara
-Pak Karamu-
MP BN, Pas keluar dewan
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - [ DIKEMASKINI] Ahli Parlimen BN dan Pas keluar Dewan
Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu,
Datuk Mohd Ariff Md Yusof.
Protes ini tercetus kerana pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan,
Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari
ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ketegangan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat,Datuk Roosme Hamzah
bangun mengumumkan pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu,
tiba-tiba ahli Parlimen BN dan Pas memintas menyatakan lantikan itu
tidak sah.
Roosme memaklumkan hanya satu nama yang diterima untuk pelantikan jawatan tersebut.
Ketegangan bermula apabila Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu)
bangun untuk menyatakan protes terhadap prosedur pencalonan dengan
merujuk kepada 'Point of Order' namun proses pelantikan diteruskan.
Tindakan itu mengundang kritikan daripada ahli Pembangkang yang lain dari Pas dan BN.
Mereka kemudian bertindak untuk keluar Dewan.
Bagaimanapun, menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bersatu-Muar)
melalui kenyataan di Twitter, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dan Datuk
Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) tidak menyertai ahli parlimen
pembangkang lain keluar dewan.
Difahamkan, Datuk Seri Anifah Aman (Umno-Kimanis) turut tidak meninggalkan dewan.
Pencalonan Mohamad Ariff dicadangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad (Pakatan Harapan- Langkawi) dan disokong Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pakatan Harapan- Pandan).
Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of
Economics), dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah
undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti
Undang-undang, Universiti Malaya.
Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan
undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru
ditubuhkan ketika itu, sebagai Pengarah pertama Jabatan Penyeliaan
Pasaran.
0 orang berkata:
Post a Comment