ANUAR KATA MULUT PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN CELUPAR,
CISSSS SUNGGUH JAHAT !!!
CISSSS SUNGGUH JAHAT !!!
-Pak Karamu-
Anwar akui kelemahan pimpinan PH
(Ubah saiz teks)
KOTA RAJA - Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan jemaah kabinetnya ada
ketikanya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan yang akhirnya
mengundang kontroversi.
Namun beliau memberi jaminan bahawa kerajaan persekutuan yang
ditubuhkan daripada hasil kemenangan PH pada PRU14 lalu, tetap berada di
landasan yang betul.
Katanya, beliau sentiasa memandang secara dekat perjalanan pentadbiran kerajaan PH sekarang.
“Perdana Menteri Tun Mahathir dan kabinet kerajaan tidak lari daripada landasan.
"Namun ada kenyataan-kenyataan yang mengelirukan, saya tidak nafikan
tetapi Perdana Menteri dan kerajaan tidak lari daripada prinsip yang
kita jadikan sebagai landasan perjuangan kita," katanya ketika berucap
di Ceramah Khas bersamanya di sini, malam ini.
Anwar bahkan tidak menafikan bahawa ada kenyataan yang dikeluarkan mereka bersifat celupar.
“Saya akui PH ini kerajaan baharu, kadang-kadang ada kenyataan-kenyataan yang cuai dan celupar dari tokoh-tokoh,” katanya.
Sebelum ini, terdapat segelintir barisan menteri PH yang telah
mengeluarkan kenyataan yang bersifat celupar antaranya kenyataan Menteri
Sumber Manusia M Kula Segaran yang mendakwa kaum Melayu sebagai
pendatang.
Dalam pada itu, Anwar mengulangi kenyataannya bahawa PH akan sentiasa
memartabatkan agama Islam dan menjunjung Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
"Saya nak ingatkan PH itu ditegakkan dengan perjanjian yang jelas,
memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan, tidak ada tolak ansur
tentang perkara itu dan bahasa Melayu bahasa kebangsaan.
“Buatlah apa-apa perubahan pun. Bahasa Inggeris ke, Cina ke Tamil ke,
Perancis ke semua itu boleh tetapi mesti tunduk kepada kerangka bahasa
kebangsaan.
“Ada yang berpendapat dengan ada bahasa kebangsaan tidak boleh
memartabatkan bahasa Inggeris, bahasa Cina atau Tamil saya tidak setuju
yang kita mahu bahasa kebangsaan itu dikuasai dengan baik oleh semua,”
jelas beliau.
Isu bahasa Melayu timbul apabila terdapat dakwaan bahawa kerajaan PH mengabaikan kepentingan bahasa berkenaan.
1 orang berkata:
Apa yg anwar cakap itu betul dan tepat. Ph tidak lari dari landasan asalnya. Cuma pasumno sahaja yang rugi kerana tak dapat jawatan pm dan menteri. Rakyat tak rugi satu benda pun.
Post a Comment