KU LI PERNAH CARI PAS DAN MELUTUT SEMASA SEMANGAT 46.
HARI INI BILA DIA DAH TUA SERTA UMNO TOLAK JADI PRESIDEN
SEPATUTNYA DIA INSAF DAN TIDAK MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA UMNO.
KU LI KENA CERMIN MUKA DULU SEBELUM MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA PUCUK PIMPINAN SEKARANG.
KU LI TAK PAYAH NAK LAGA-LAGAKAN SEMANGAT AHLI UMNO YANG HENDAK MENYATUKAN ISLAM/MELAYU
KU LI JANGAN JADI MANUSIA BODOH SOMBONG !!!
-Pak Karamu-
Ku Li pun pernah cari Pas
(Ubah saiz teks)
RANTAU PANJANG - Pemimpin Umno dinasihatkan untuk mendalami sejarah politik tanah air sebelum mengeluarkan kenyataan.
Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas berkata, nasihat
sama dituju kepada Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh
Hamzah kerana seakan lupa dengan peristiwa politik ketika beliau
‘merangkak’ cari Pas selepas menubuhkan Semangat 46.
Menurutnya, kerjasama Tengku Razaleigh dan Pas Kelantan bagi menubuhkan
Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah ketika itu menyebabkan Umno hilang
Kelantan.
“Namun Tengku Razaleigh memutuskan silaturahim dengan Pas menyebabkan
penyokong menanggap beliau selaku Presiden Semangat 46 ketika itu
sebagai tidak pernah ikhlas.
“Selepas pembubaran Semangat 46, penyokong Umno mula berpecah dan
memilih Pas, sejarah kembali berulang apabila penyokong dan pemimpin
Umno berlari mencari Pas selepas PRU14,” katanya.
Ujar beliau lagi, meskipun menyedari hakikat itu, kepimpinan dan ahli
Pas tidak pernah menjemput Umno untuk bekerjasama tetapi sekadar
menguatkan barisan pembangkang di Parlimen.
Razak katanya, beliau tidak bersetuju jika gabungan politik dilakukan kerana Umno ialah parti yang membawa penyakit.
Beliau yang juga bekas Jawatankuasa Badan Perhubungan Semangat 46,
menasihati Tengku Razaleigh supaya beliau mengundurkan diri daripada
arena politik kerana kepimpinan Umno mungkin tidak menyebelahi beliau,
sebagaimana kekalahannya dalam pemilihan Presiden Umno baru-baru ini.
Semalam Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan Umno tidak sewajarnya
merangkak mencari Pas untuk memulihkan imejnya selepas kekalahan dalam
PRU14, 9 Mei lalu.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, jalinan hubungan antara Umno dan
Pas tidak pernah dibincangkan secara rasmi dan menyeluruh.
Nasihat sama dituju kepada Tengku Razaleigh kerana seakan lupa dengan
peristiwa politik ketika beliau mencari Pas selepas menubuhkan Semangat
46.
5 orang berkata:
Melayu..
Mudah LUPA..
Selalu diLUPAkan..
Melayu..
Hutang PTPTN lupa bayar...
Manifesto pun lupa nak tunai..
Tol pon lupa nak hapus..
Melayu mudah LUPA..
Padan muka..
Selalu dikencing..
Dah kena kencing pon lupa..
kan Melayu mudah LUPA..
gamak tuu mamak berkuasa..
Ku Li bukan tak suka umno. Cuma dia tak suka pas kacau umno. Ku Li tau dah umno akan pupus terus kalau jadi balaci pas...
Hutang kena bayor la. Niat dulu hutang. Tak bayor hutang mati besok masuk neraka. Manifesto ke tak manifesto ke, kalu dah nama hutang wajib kena bayor. Kalu liat nak bayor, jangan berhutang. Mintak kat mertua hang je...
Melayu mudah lupa. Tak nak tanya pengalaman parti lain yg dah pernah kencing. Parti kuat kencing pun sanggup dia jadikan sohabat sbb dah kalah pru. Melayu mudah lupa. Last2 besok habis hancing kena kencing tok2 lobai su'
Post a Comment