Hasan Malek: Antara ayam dan hawa
SEPERTI dijangka, setiap kali tiba musim perayaan, sudah pasti hal ehwal makanan kegemaran rakyat Malaysia akan menjadi isu utama.
Dan setiap kali isu ini timbul, dari hal besar seperti ekonomi dan keselamatan hinggalah ke perkara kecil seperti adakah Asyraf Muslim seharusnya dikenakan denda tinggi kerana berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama di Thailand, kerajaan tetap dilihat sebagai tempat penyelesaian masalah.
Malah ia jadi semakin meriah apabila saya sendiri memberi pendapat terbuka bahawa mungkin rakyat Malaysia harus memikirkan alternatif selain dari ayam sebagai makanan utama mereka berikutan peningkatan harganya.
Akibat daripada itu, dari liputan media massa hinggalah ke media sosial saya dan kementerian dikritik hebat atas isu ini. Namun sebelum kesimpulan mudah atau kritikan melulu dilakukan, harus sebagai rakyat Malaysia yang bijaksana harus melihat semula realiti isu ini.
Perkara pertama yang masyarakat umum harus faham ialah, walaupun salah satu tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ialah memantau harga barang, namun pihak kementerian tidak terlepas daripada mematuhi hukum pasaran terbuka, iaitu penawaran dan permintaan.
Ramai yang tidak sedar bahawa ayam tidak tertakluk di bawah barangan kawalan, maka harga ayam tidak ditentukan oleh pihak kerajaan melalui pemberian subsidi, sebaliknya ia bergantung kepada keadaan pasaran semasa.
Sebab itu suatu masa ketika dahulu, kita pernah terbaca berita tentang bagaimana penternak membunuh ribuan anak ayam kerana ingin mengurangkan penawaran dan menghentikan kejatuhan harga ayam.
KPDNKK tidak boleh menetapkan harga ayam kepada nilai tertentu kerana selaku kementerian, kami hanya boleh memantau dan mengawasi sebarang aktiviti pembekal dan peniaga yang melanggar undang-undang.
Kami juga memperkenalkan dasar umum bagi tujuan pengawalan seperti penetapan harga siling. Ini kerana kerajaan sepatutnya tidak boleh terlalu campur tangan dalam urusan ekonomi pasaran terbuka.
Suka atau tidak, rakyat harus sedar bahawa dalam isu ini pengguna harus memainkan peranan agar tidak terlalu bergantung nasib kepada pembekal dan penternak.
Maka atas kesedaran ini saya memberi cadangan secara umum bahawa sudah tiba masanya untuk pengguna mengambil langkah proaktif termasuk menurunkan permintaan melalui tindakan pengguna, namun cadangan ini telah menimbulkan sedikit salah faham.
Sememangnya kita sedar bahawa boikot bukanlah jawapan mutlak, apatah lagi pada musim perayaan, memang sukar untuk melakukan perkara berkenaan.
Namun itu tidak seharusnya membuatkan pengguna menjadi mangsa, kita seharusnya menjadi pengguna yang bijak dalam menilai apatah lagi berbelanja dan di sini pihak kementerian boleh membantu.
Pertamanya, pihak kementerian mengambil beberapa langkah bagi membantu pengguna, langkah pertama dengan menetapkan harga siling.
Memang pihak kementerian tidak boleh campur tangan secara terus, namun kami boleh membuat dasar umum iaitu menetapkan harga siling yang perlu adil bukan sahaja di pihak pengguna tapi kepada penternak dan pembekal.
Sekiranya ada peniaga menetapkan harga ayam lebih dari RM7.70 sekilo (ayam jenis ‘standard’ bermula 26 Julai hingga 11 Ogos), pengguna boleh membuat aduan kepada kami dan saya berjanji, kementerian akan segera mengambil tindakan.
Dengan zaman serba canggih ini, ramai yang memiliki telefon pintar. Ambillah gambar harga ayam itu dan terus hantar maklumat kepada kami, sila rujuk di hujung penulisan ini untuk maklumat membuat aduan.
Kedua, kami mendidik anda untuk menjadi pengguna yang bijak dalam memilih. Selain KPDNKK, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memberi lesen import ayam serta-merta kepada 34 syarikat bagi menstabilkan harga ayam di pasaran.
Ini bermakna, pengguna ada alternatif selain dari pihak pembekal dan penternak tempatan.
Sekiranya pengguna merasa diri ditekan dengan harga ayam di pasar borong, pilihan alternatif yang lebih baik ialah dengan membelinya di gedung pasar raya besar (bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar utama), dan untuk mereka yang berada di luar bandar pula kedai-kedai runcit TUKAR (juga hasil dari KPDNKK).
Pasar raya besar seperti Mydin, Tesco, Giant, AEON BIG dan banyak lagi tidak akan menaikkan harga ayam sewenangnya kerana pertama, mereka mudah dipantau dan kedua, mereka akan memastikan harga rendah kerana persaingan dari pasar raya lain.
Sekiranya harga ayam dinaikkan sesuka hati, pengguna akan berpindah ke pasar raya lain dan mereka akan kehilangan jualan bukan sahaja untuk ayam akan tetapi untuk barangan keperluan isi rumah yang lain.
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, apabila peniaga dan pembekal dapat merasakan bahawa pengguna hari ini lebih bijak, (walaupun mereka boleh dikatakan hampir kebal dari boikot), namun kalau mereka dapat rasakan bahawa permintaan boleh berubah dari segi ini maka mereka akan berfikir panjang sebelum menaikkan harga, malah pihak peniaga juga akan mencari alternatif (termasuk ayam import), dan melalui cara inilah pihak pengguna dapat memperkasakan lagi dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Berbalik kepada tajuk penulisan saya hari ini iaitu Ayam dan Hawa, ia bukanlah seperti drama Melayu yang tersohor tidak lama dahulu.
Hawa dalam konteks ini merujuk kepada hawa nafsu, keghairahan, kehendak, dari sudut segolongan kecil peniaga yang mahu mengaut untung cepat, pembekal dan penternak tertentu yang tidak bertanggungjawab hinggalah ke pengguna yang berbelanja lebih dari sepatutnya.
Sebab itulah saya memilih tajuk ini, di kala kita ghairah dalam menyambut kedatangan Aidilfitri ini, janganlah kita menjadi hamba kepada hawa nafsu apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia, yang sepatutnya mengajar kita mengawal diri.
Jadilah pengguna yang bijak, berbelanjalah berpada-pada, pilih dari siapa anda beli dan rancang pembelian anda. Kami di pihak kementerian sedia membantu anda sebagai pengguna. Namun usaha atau tindakan kami tidak akan berkesan tanpa kerjasama anda.
Sekiranya kenyataan saya sebelum ini tersalah erti, menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat, dalam semangat bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon maaf.
Sesungguhnya bukanlah niat di hati saya untuk mengguris mahupun menghiris perasaan namun sekadar ingatan kepada semua bahawa kita selaku pengguna juga harus mencari alternatif dan bertindak bijak.
Percayalah saya selaku menteri anda dan kami di kementerian sentiasa berpegang kepada prinsip 1Malaysia, iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Kami akan berusaha sebaik mungkin bagi membantu pengguna melalui dasar dan penguatkuasaan, namun ia hanya akan lebih efektif dengan bantuan dan kerjasama semua.
Ayuh kerjasama dengan kami, insya-Allah kita mampu membentuk sebuah pasaran yang lebih baik, adil dan mesra pengguna, jadilah pengguna yang bijak, biarlah adanya akal antara ayam dan hawa.

0 orang berkata:
Post a Comment