Friday, July 26
GAMBAR terbaru wajah tauke bak kut teh HARAM tersebar
Alvin, Vivian bebas dengan jaminan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan penulis blog seks Alvin Tan dan pasangannya Vivian Lee dibebaskan dengan jaminan RM30,000.
Ibu kepada Alvin dan seorang saudara mereka menandatangani bon jaminan untuk kedua-dua tertuduh.
Tan, 25, yang disapa pemberita selepas dibebaskan itu kelihatan masih mampu tersenyum selepas lapan hari ditahan namun Lee, 24, mengelak apabila wajahnya cuba dirakam oleh para jurugambar yang menghurungnya di luar mahkamah.

"(Keadaannya) boleh tahan," kata Tan ringkas sambil tersenyum kepada
pemberita ketika ditanya mengenai keadaannya di dalam penjara di
perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
Mahkamah Tinggi semalam membenarkan setiap tertuduh berkenaan diikat jamin RM30,000 dengan dua orang penjamin.
Gambar mereka sewaktu muncul memohon maaf ketika kemuncak pada kontroversi bangang ciptaan mereka
Hakim Datuk Mohd Azman Husin, yang membenarkan ikat jamin itu bagaimanapun mengenakan tiga syarat ketat, termasuk pasport mereka harus disimpan di mahkamah.
Dalam kamar, hakim juga menetapkan bahawa kedua duanya diminta hadir lapor diri di balai polis terdekat pada setiap 1 haribulan.
Pada 18 Julai lalu, Alvin Tan dan Vivian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.
Mereka kemudiannya memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan mereka diikat jamin terhadap tuduhan tersebut.
Mahkamah Tinggi semalam membenarkan permohonan semakan kehakiman itu, dan membenarkan mereka diikat jamin dengan dua penjamin.

0 orang berkata:
Post a Comment