Soalnya bukan kerana mencuci mulut dan perut, dan bukan juga persoalan barang yang was-was serta diluar pengetahuan kita,persoalannya ialah ada aginda hendak memerangkap umat islam supaya memakan barang yang diharamkan oleh agama, itu satu hal, persoalannya yang lain ialah mengapa pehak yang berwajib dan berkuasa saling bertelagah dalam membuat keputusan yang sepatutnya tidak berlaku, kemudian membuat keputusan yang tidak meyakinkan pengguna - Pak Karamu
Umat Islam disaran istiqamah, tidak panik kerana Islam itu memudahkan
03/06/2014 9:41pm
KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini disarankan supaya istiqamah
dan bertenang berkenaan kemelut isu produk coklat yang sebelum ini
dikatakan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Menurut penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani, dalam
keadaan sekarang, umat Islam seharusnya perlu perbanyakkan istighfar dan
bersabar kerana perkara tersebut sudahpun berlaku dan ia adalah di
bawah kawalan kita sendiri.
"Pertamanya, kita tidak perlu mengambil keputusan yang tidak matang
seperti mencuci mulut dan perut dengan cara sertu tetapi cara yang
sebaiknya adalah memohon keampunan daripada Allah SWT.
"Masyarakat juga disarankan agar lebih berhati-hati selepas ini dan
mengambil berat soal halal dalam pemakanan seharian kerana ia akan
menjadi darah daging dalam tubuh badan kita," katanya ketika dihubungi
KOSMO!.
Sehubungan itu, beliau juga menasihatkan supaya masyarakat
menghentikan mengambil mana-mana makanan yang secara jelas disahkan
tercemar dengan DNA babi ataupun mana-mana produk yang disangsi status
halalnya agar tidak memberi kesan pada masa hadapan.
Sementara itu, menurut seorang lagi pendakwah bebas, Ustazah Fatimah
Syarha Mohd. Noordin berkata, jika masyarakat dilanda kemelut was-was
dengan soal pemakanan mereka sama ada dicemari dengan bahan haram,
was-was itu boleh dihilangkan dengan perasaan yakin.
"Pencemaran atau kontaminasi yang berlaku dalam mana-mana produk
makanan adalah di luar kawalan dan termasuk dalam perkara yang sukar
dielakkan.
"Islam sentiasa bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam
keadaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari," katanya.
Tambahnya, jika kita benar-benar mendalami mudahnya agama Islam, kita
tidak seharusnya terlalu panik, kerana Islam itu menyempitkan yang
haram dan meluaskan yang halal.
"Sesuatu yang najis itu apabila sifatnya telah berubah, maka hukumnya
juga ikut berubah. Maka, ia salah satu elemen yang mesti kita pastikan
dahulu sebelum menganggap sesuatu produk makanan itu adalah haram atau
sebaliknya," ujarnya.
Namun, beliau juga menasihatkan orang ramai, dalam konteks ini, wajar
jika lebih muhasabah kepada banyak lagi perkara haram yang mungkin
masih kita lakukan dalam hidup kita sekarang. - KOSMO!
0 orang berkata:
Post a Comment