Gempa bumi: Penghuni kondominium diarahkan kosongkan bangun
JOHOR BAHRU - Penduduk Kondominium Dwi Mahkota di Taman Bukit Aliff,
Tampoi diarah meninggalkan kediaman masing-masing, susulan gegaran
bangunan yang berlaku di Sumatera Barat, malam ini.
Susulan itu, polis mengarahkan semua penghuni kondominium itu berbuat sedemikian dan berada di kawasan lapang.
Komander operasi Bomba dan Penyelamat, Rohaizat Hamdan berkata,
pihaknya menerima panggilan mengenai gegaran bangunan sekitar jam 9.09
malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 9.23
malam.
"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar berlaku gegaran pada bangunan setinggi 19 tingkat.
"Penghuni telah diarahkan turun ke kawasan lapang oleh pihak polis bagi
langkah-langkah keselamatan," katanya di sini malam ini.
Setakat ini, tiada mangsa akibat daripada kejadian terbabit dan pihak bomba masih menjalankan operasi di lokasi.
Difahamkan, sehingga jam 11.00 malam tadi, jurucakap bomba berkata, pihaknya masih lagi ada menerima laporan berhubung gegaran.
0 orang berkata:
Post a Comment