Penduduk pesisir Perlis, Kedah P Pinang perlu jauhi pantai
KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan persisir pantai Perlis, Kedah dan
Pulau Pinang dinasihati menjauhi kawasan pantai bermula jam 12.45
tengah malam tadi berikutan kesan gempa kuat di barat daya Sumatera,
Indonesia.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Amaran ini dikuatkuasakan sehingga notis baharu dari kementerian itu disiarkan melalui media massa, laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Facebook atau hubungi Met Malaysia di talian 1-300-22-1638, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga berkata tiada laporan kerosakan harta benda di Selangor dan Johor dilaporkan setakat ini berikutan gegaran daripada gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter pada pukul 8.49 malam ini.
Gempa bumi itu berpusat kira-kira 649km Barat Daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163km Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment