Ahmad Zahid harap Muhyiddin buat keputusan sebaiknya
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi
berharap agar bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dapat membuat keputusan sebaiknya berhubung kedudukan beliau di dalam
parti.
Menurut Zahid, setiap keputusan yang dibuat seharusnya bukan mengikut perasaan semata-mata demi kepentingan parti Umno.
"Saya ingin rujuk kepada ucapan-ucapan beliau terdahulu yang mengatakan beliau adalah ahli yang 'totok'.
"Jadi tentulah beliau masih terus menyangi Umno dan sebagai ahli
'totok' beliau akan terus dan tetap bersama dengan kami di dalam Umno,"
katanya selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Awam 2016 hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya masih ahli Umno, tunggu pengumuman Khamis ini']
Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan sidang
media pada Khamis (esok) ini bagi menjelaskan mengenai kedudukan beliau
di dalam parti.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kedudukan Muhyiddin di dalam
Umno, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa walaupun beliau (Muhyiddin) bukan
lagi Timbalan Presiden Umno, namun beliau masih memegang jawatan sebagai
Ketua Umno Bahagia Pagoh.
"Saya bersetuju dengan apa yang beliau katakan sebelum ini memandangkan beliau masih ada jawatan di dalam Umno," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment