Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kuwe punya idung Asia kok ngaku nabi ?


Lelaki mengaku Nabi Isa kini bertaubat
Gus Jari Supardi
Gus Jari Supardi - Sumber internet
 
JAKARTA - Seorang guru agama di Indonesia yang mendakwa‎ dirinya sebagai Nabi Isa dan sering menerima wahyu dari Tuhan telah bertaubat dan mengaku perbuatannya menyimpang dari ajaran Islam. 
 
Gus Jari Supardi, 44, guru agama di Pondok Pesantren Kahuripan Ash-Shirot di Dusun Gempol, Desa Karangpakis, daerah Jombang di Jawa Timur, bertaubat dalam satu majlis di hadapan ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jombang, Kholil Dahlan,

Beliau yang mendakwa dirinya sebagi Nabi Isa sejak 2004 dan mengaku menerima wahyu Illahi itu mempunyai lebih 100 pengikut dan mereka mengamalkan beberapa perbuatan syirik seperti membina makam Nabi Muhammad dalam sebuah masjid.

Gus Jari juga mendakwa sering mendengar bisikan di telinganya mengenai perintah Tuhan dan menganggap ia adalah bisikan malaikat yang membawa wahyu dan telah diperintah oleh Tuhan untuk membawa umat Islam ke jalan yang benar.

Media tempatan hari ini memetik Kholil sebagai berkata, Gus Jari bersama para pengikutnya telah menyatakan insaf atas kesesatannya selama ini dan bertaubat kembali ke ajaran Islam.

Katanya, MUI juga telah meroboh sebuah tugu diperbuat dari batu hitam dalam Masjid Pondok Pesantrian Kahuripan Ash-Shirot yang menjadi tempat pengikut ajaran sesat itu menjalankan upacara syirik dan kononnya sebagai simbol kenabian Gus Jari.

"Alhamdulillah, Gus Jari bersama jemaahnya telah bertaubat dan beliau sendiri memimpin anak sulung lelakinya sebelum ini diiktiraf sebagai Imam Mahdi untuk bertaubat," kata beliau.

MUI kemudian mengeluarkan larangan kepada Gus Jari untuk mengajar dan menganjurkan majlis-majlis keagamaan.

Kisah penyebaran ajaran Gus Jari itu heboh diperkatakan oleh penduduk setempat sejak 10 tahun lepas dan pengikutnya didapati bertambah dari tahun ke tahun dan percaya bahawa lelaki itu adalah seorang nabi. 

Gus Jari juga sebelum itu pernah berdebat dengan pegawai-pegawai agama dari MUI dan tetap mengaku dirinya sebagai Nabi Isa dan menerima wahyu ketika sedang bersujud pada 2004. - Bernama

3 orang berkata:

Unknown said...

Bila pulak geng2 yg sanggup tolak hudud jika DAP tolak hudud hendak kembali ke pangkal jalan..

Anonymous said...

Bila pulak puak yg dok 'jual' Hudud untuk habuan politik nak bertaubat ek. Sampai la ni Hudud tak dilaksanakan di Kelantan padahal dah lama perintah. Najib@ahliUMNO tolak Hudud ka atau parti UMNO tolak Hudud... Presideng mamai.. walaun meroyan... sian. PAS tak anti-Najib tapi anti-UMNO. Presiden UMNO yg merosakkan negara skrg ni beruk ka..barua ka...tolol ka.. broker ka. PRESIDENG PAS dah 'sedondon' ngan PRESIDENG PAS. ....

Anonymous said...

PRESIDEN UMNO dah sedodon ngan PRESIDENG PAS

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.